Clarins terus komited dalam menjadikan kehidupan yang lebih indah dan cantik. Tanggungjawab ini dipandang serius oleh pasukan mereka dalam misi untuk melakukan lebih baik untuk orang ramai dan planet dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif.
Jadi sempena Hari Bumi pada April 2022 ini, Clarins Malaysia akan memulakan kerjasama tempatan dalam menyokong penghutanan semula dengan Animal Projects & Environmental Education Sdn Bhd (APE Malaysia).
- Foto – Clarins/Buro 24/7
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada projek pemuliharaan untuk membolehkan perubahan yang memberi kesan ke arah masa depan yang jitu. Sekaligus memperkasakan individu untuk membantu secara aktif memulihkan hutan Malaysia yang menempatkan hidupan liar unik.
Bagaimana Kita Boleh Turut Membantu?
Clarins berharap dapat memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk menjadi sebahagian daripada perubahan ini. Macam mana caranya?
Semasa membuat sebarang pembelian di Clarins Retail Boutiques & Skin Spa dari 4 hingga 30 April 2022, pelanggan boleh memilih untuk mendaftar pokok mereka sendiri yang ditanam bagi pihak mereka di bawah kempen Plant-a-Tree-.
Ia memberi tumpuan kepada memulihkan landskap di Kinabatangan Wildlife Sanctuary, Sabah Borneo.
- Foto – Clarins
Ingat dalam kita nak cantik, kita boleh menghulurkan bantuan menyelamatkan ekosistem agar sihat sejahtera.
Info lanjut, boleh layari laman web www.clarins.com.my.