Dalam mana-mana hubungan, percayalah tiada seorang pun yang mahukan ia terhenti di pertengahan jalan. Kalau boleh, bila sudah menjalinkan hubungan itu, mereka nak kekalkannya sampai bila-bila. Bak kata orang dulu-dulu, hingga maut memisahkan kita.
Tetapi tak semua orang boleh elak daripada hubungan cinta itu terputus. Jika tak berjalan dengan baik dan terputus, memang ia berikan kesan yang menyakitkan pada pasangan tersebut. Tak kiralah sesiapa pun, para selebriti turut alami perkara ini.
Dalam entri kali ini, DIVA nak kongsikan dengan kamu beberapa selebriti yang berpisah dengan pasangannya walaupun sudah bercinta lebih dari lima tahun. Bermula daripada…
Taylor Swift & Joe Alwyn
- Foto – Pinterest
Pada April 2023, pasangan bahagia Taylor Swift dan Joe Alwyn mengejutkan orang ramai terutamanya peminat dengan berita perpisahan mereka. Selepas bercinta selama 6 tahun, pasangan ini mengambil keputusan untuk membuat haluan masing-masing, dengan alasan adanya perbezaan dalam perhubungan mereka.
Kylie Jenner & Travis Scott
- Foto – Pinterest
Berhubungan selama lima tahun dan dikurniakan dua cahaya mata, Kylie Jenner dan Travis Scott mengambil keputusan untuk ‘berehat’ daripada hubungan mereka. Menurut sumber, hubungan ‘on-off’ itu terjadi disebabkan oleh perbezaan gaya hidup.
Selena Gomez & Justin Bieber
- Foto – Pinterest
Kisah percintaan yang mendapat perhatian dan sambutan orang ramai, Selena Gomez dan Justin Bieber akhirnya berpisah dengan rasmi selepas ‘on-off’ bercinta selama 8 tahun bercinta.
Vanessa Hudghens & Austin Butler
- Foto – Pinterest
Selepas menafikan hubungan pada tahun 2011, Vanessa dan Austin tampil mengakui hubungan mereka secara rasminya pada tahun 2012. Kisah percintaan mereka menemui noktah selepas 9 tahun, dan kini Vanessa bertunang dengan Cole Tucker iaitu pemain besbol. Manakala Austin pula menjalinkan hubungan dengan Kaia Gerber.
Demi Lovato & Wilmer Valderrama
- Foto – Pinterest
Demi Lovato dan Wilmer Valderrama pertama kali bertemu pada tahun 2010. Ketika itu Demi baru berusia 17 tahun dan Wilmer berusia 29 tahun. Dengan jarak umur 12 tahun, mereka secara rasmi mula bercinta ketika Demi berusia 18 tahun. Tetapi hubungan mereka berakhir pada 2018, selepas 7 tahun.
DIVA berharap mereka ini bahagia dengan kehidupan mereka sendiri sekarang!