Seorang individu perlu mengambil sekitar lapan gelas air kosong sehari.
Tak dinafikan kita sering mendengar nak kurus, cantik, miliki kulit awet muda, sihat dan sebagainya, kita perlu minum air kosong dengan banyak. Sebenarnya betul, tetapi kalau minum terlalu banyak ada kesan buruknya tau.
Di bawah Miss Murai kongsikan apa kesannya jika kita minum air kosong berlebihan dalam kehidupan seharian.
Bahayanya Jika Air Kosong Minum Berlebihan
Walaupun air kosong ada manfaatnya pada kesihatan badan, tetapi jika berlebihan ia boleh mengakibatkan badan mengalami keracunan air, mabuk air dan gangguan fungsi otak.
- Foto – Pinterest
Jika paras garam dalam darah menjadi lebih rendah, kamu akan mengalami Hypervolemic Hyponatremia. Keadaan ini menyababkan buah pinggang tak boleh menampung dan terpaksa buang air daripada badan.
- Foto – Pinterest
Bukan itu saja, minum air berlebihan juga boleh menyebabkan badan mengalami cerebral edema iaitu bengkak pada otak. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun, sawan dan koma.
Untuk pengetahuan kamu, kandungan air terlalu banyak dalam badan boleh mengakibatkan garam dalam darah cair dengan cepat dan menjadi diluted hyponatremia.
- Foto – Pinterest
Diluted hyponatremia:
Kepekatan osmolarity luar sel (extracellular) lebih rendah berbanding dalam sel (intracellular). Jadi air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmosis. Kesannya pembengkakan otak berlaku dan menyebabkan individu tersebut menjadi sawan dan koma.
Minum air kosong secara berlebihan tidak membawa kebaikan, malah keburukan untuk kesihatan badan kamu. Selamat bermanfaat!