Jarang kita nak melihat isteri Putera Harry, Meghan Markle tampil keluar mengenakan sesuatu yang menarik perhatian orang ramai. Baru-baru ini, Meghan dilihat telah mengenakan anti-stress patch.
Ketika meninggalkan kediamannya di Montecito, California, Meghan mengenakan anti-stress patch di bahagian pergelangan tangan kirinya. Menurut sumber, reka bentuk anti-stress patch tersebut daripada jenama NuCalm.
Menimbulkan persoalan pada DIVA, adakah anti-stress patch ini berkesan dan ada manfaat jika kita memakainya? Kalau kamu nak tahu, ini jawapannya…
Betul Ke Berkesan Hilangkan Stress?
Patch yang dipakai oleh Meghan Markle yang diberi nama NuCalm Biosignal Processing Dics itu didakwa dapat mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan tahap kualiti tidur dan meningkatkan fokus.
- Foto – Pinterest
Sekadar info, anti-stress patch ini hanya menggunakan teknologi neurosains dan tanpa sebarang ubat atau aromaterapi.
Dipetik daripada Hello! Magazine, Ketua Pegawai Eksekutif NuCalm iaitu Jim Poole mendedahkan anti-stress patch yang dikenakan oleh Meghan tersebut terbukti berkesan. Ini kerana cakera biosignal yang diletakkan di pergelangan tangan itu boleh memperlahankan tindak balas tekanan dengan menghantar GABA ke otak dan badan, iaitu amino acid semula jadi badan yang melambatkan pengeluaran andrenalin. Jadi keberkesanan patch ini terbukti berkesan, apabila ia mengeluarkan resonan dan frekuensi untuk tenangkan fikiran pada si pemakai.
- Foto – Pinterest
Sekiranya kamu rasakan stress dalam kehidupan harian, bolehlah cuba untuk pakai anti-stress patch dan alami sendiri adakah ia berkesan atau tidak.
Selamat mencuba!