Beberapa hari lagi bulan Ramadan menjelma kembali…
Tidak perlu menunggu bulan Syawal atau ketika Hari Raya untuk bertukar-tukar tanda ingatan. Di awal bulan Ramadan ini juga kamu boleh memberi hadiah sebagai meraikan kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkahan. Ia sebagai cara mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan silaturahim keluarga.
Jadi DIVA ada beberapa contoh hadiah untuk kamu berikan kepada yang tersayang;
- Famsy set sejadah + beg tote [RM79-RM99]
Pasti lebih seronok hendak beribadah dengan sejadah yang baharu. Malah, set sejadah dari Famsy ini juga tersedia dengan beg tote yang boleh diisi dengan telekung atau al-Quran untuk dibawa ke solat terawih. Menariknya lagi, sejadah dan beg tote ini kamu boleh letak nama!
- Galeri Addeen set wangian Bukhoor Oud Mood [RM85]
Wangian yang mengembalikan haruman di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ianya wangian dari tradisi orang Arab dengan menggunakan kayu gaharu yang dicampurkan dengan pati haruman. Kelebihan membakar bukhoor boleh bertindak sebagai aromaterapi dan menenangkan minda.
- Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita – Fakhri Fadzli [RM49]
Bulan Ramadan juga bulan yang baik untuk menyembuhkan hati nurani. Jadi tidak salah pemberian buku jiwa untuk mereka yang tersayang. Kamu boleh baca ulasan tentang Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita dibawah;
- Set manisan / kurma [RM30-RM33]
Kurma ialah signature khas ketika bulan Ramadan kerana ia mengikut amalan sunnah Nabi Muhammad SAW. Iaitu dengan berbuka puasa dengan kurma dan sudah tentu manfaat kurma yang sangat bagus untuk mengembalikan tenaga setelah berpuasa. Set kurma, manisan atau buah-buahan kering sebegini sesuai untuk diberikan kepada teman rapat dan jiran.
Seronok bila dapat menyambut Ramadan dengan suasanan yang penuh kasih sayang. DIVA harap perkongsian ini dapat membantu para pembaca kami yang setia. Dikesempatan itu, DIVA mengucapkan selamat berpuasa!