Kalau tanya pada sesiapa sekali pun, pasti ramai yang boleh senaraikan tanda-tanda red flag yang ada pada pasangan. Sama ada agresif, kaki pukul, tidak setia, kuat cemburu hingga ke overprotective.
Walaupun begitu, tahukah kamu bahawa ada beberapa lagi tanda red flag yang tak ramai kita tahu atau tidak sedar ada pada pasangan?
Jadi untuk elakkan kamu berada dalam hubungan yang toksik, Miss Murai kongsikan beberapa tanda red flag pasangan yang kebanyakan kita tidak menyedarinya. Bermula daripada…
1. Kurang berkomunikasi
Tak kiralah dalam mana-mana hubungan, komunikasi adalah penting! Menerusi komunikasi yang baik dan berkualiti, kamu dan si dia boleh menjadikan hubungan lebih kuat.
- Foto – Pinterest
Tetapi jika kamu melihat si dia sering abaikan atau tidak hiraukan apa yang kamu cakap, berjaga-jagalah kerana ini tanda red flag! Tetapi kamu tidak perlu risau kerana ia boleh diatasi dengan beberapa cara seperti tetap berkomunikasi, faham dan kekal sabar.
2. Suka burukkan bekas kekasih
Dalam mana-mana hubungan sekali pun, topik berkaitan dengan bekas kekasih atau pasangan sememangnya satu topik yang sangat sensitif. Tetapi tak salah jika kamu bertanya dan mahu tahu serba sedikit mengenai kisah silam si dia.
- Foto – Pinterest
Ketika ini, kamu boleh nilai personaliti si dia dan beri perhatian pada bahasa atau perkataan yang digunakan olehnya semasa menerangkan perihal bekas kekasih.
Jika si dia menggambarkan bekasnya sebagai “gila”, “psiko” dan sebagainya, percayalah kamu berkemungkinan akan menghadapi situasi yang sama jika jodoh tidak berpanjangan.
3. Hilang atau kurang kepercayaan
Kalau kamu nak tahu, tanda-tanda utama sebuah hubungan sentiasa tidak stabil dan ‘rosak’ adalah tiada kepercayaan di antara pasangan. Walaupun tak salah untuk berasa ragu-ragu, tetapi jika ianya berlanjutan atau semakin kerap, ia boleh membuatkan kamu sentiasa mahu tahu serta menyoalkan apa yang dilakukannya.
4. Pernah terlibat dalam hubungan sulit
- Foto – Pinterest
Ramai yang fikir “Saya boleh ubah dirinya” dan sebagainya bila berhubungan dengan pasangan yang pernah terlibat dalam hubungan sulit. Walaupun si dia boleh dan sudah berubah, kamu tetap kena berhati-hati dan tanya pada diri sama ada kamu selesa untuk meneruskan hubungan tersebut.
Cuba ingat semula, adakah pasangan kamu menunjukkan tanda-tanda di atas?