Sijil halal yang tertera di premis makanan popular dari Taiwan, Shihlin dipersoal oleh ramai netizen Malaysia mengenai kehalalan restoran tersebut.
Perkongsian dari sebuah laman Facebook mengenai kehalalan restoran Shihlin, menjadi bualan hangat orang ramai kerana sijil halal yang dimuatnaik itu menunjukan perakuan halal bagi syarikat pembekal ayam bukan milik restoran.
Sijil Halal Milik Syarikat Pembekal?
- Foto – Facebook
Melihat gambar salinan sijil halal yang tertera di salah satu restoran Shihlin yang dikongsikan di Facebook ini, membuatkan orang ramai berasa ragu-ragu.
Bila mana melihat sijil perakuan halal ini secara teliti, orang ramai mendapati bahawa sijil berkenaan menunjukan perakuan halal bagi syarikat pembekal makanan dan bukan milik restoran ini.
Netizen Persoal Isu Sijil Halal Dan Kehalalan Makanan Yang Disediakan
- Foto – Facebook
Berikutan itu, orang ramai mula memberi komen mengenai sijil halal yang ditayangkan di premis makanan popular dari Taiwan ini.
Rata-rata netizen banyak bertanyakan mengenai mana sijil halal restoran dan mengapa hanya tunjukkan sijil halal milik syarikat pembekal.
Bukan itu saja gara-gara sijil halal yang dimuatnaik itu milik pembekal, kini orang ramai terutamanya pembeli dari golongan Muslim berasa ragu-ragu terhadap kehalalan makanan yang disedia oleh pekerja Shihlin.
Bukan Mudah Nak Dapat Sijil Perakuan Halal
- Foto – Facebook
Seperti sedia maklum, bukan mudah bagi restoran bukan Muslim untuk mendapat sijil perakuan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Isu kehalal dalam makanan sangat dititik beratkan oleh masyarakat Muslim di Malaysia, dan rata-rata netizen sendiri mengetahui bukan mudah restoran bukan Muslim mendapatkan sijil perakuan halal tetapi ianya tidak mustahil jika mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
- Foto – Gobazar
Restoran yang berjaya mendapat perakuan sijil halal dapat memberi jaminan kepada orang ramai khususnya orang Muslim agar tidak berasa ragu-ragu terhadap makanan yang mereka akan makan.
Buat masa ini tiada maklum balas dari Shihlin mengenai isu sijil halal ini, bagi orang Muslim elakkan makan makanan jika diri sudah berasa was-was dan banyak lagi makanan alternatif lain boleh pilih.
Sumber: Facebook