Demi menambah seleksi yang bisa menepati citarasa pengguna, H&M mengemas kini koleksi pakaian sukan klasik yang selari dengan musim bunga 2016 menerusi rangkaian Bodywear oleh David Beckham.
Rekaan khusus memfokuskan kepada pakaian baju panas dan joggers yang disisipkan bentuk serta nafas baru telah di utamakan bagi menyerikan rangkain koleksi Bodywear David Beckham ini. Kesemua koleksi baru ini akan dipasarkan di beberapa cawangan H&M terpilih seluruh Malaysia bermula 25 Februari 2016.
Menurut David Beckham, dirinya ingin setiasa menerapkan sesuatu yang selesa ke dalam koleski Bodywear. Antaranya adalah padanan klasik seperti baju panas dan seluar sukan yang juga sesuai untuk digayakan santai sewaktu berada di rumah.
Trend pemakaian jejaka yang sering memilih seluar joggers dan baju panas sebagai keperluan fesyen utama masa kini boleh dikira sebagai sesuatu yang versatile kerana ia boleh digayakan dalam bermacam cara dan pada bila-bila masa.
Tambahan pula, helaian terbaru yang dipilih khas oleh idola jejaka masa kini iaitu David Beckham sendiri sebenarnya secara tidak langsung telah membuatkan ianya lebih menyerlah.
Perincian unik juga telah diterapkan dalam setiap rekaan baru berkenaan agar bersesuaian dengan semua situasi tidak kira lasak, kasual, mahupun sebagai gaya formal untuk dibawa ke pejabat. Antaranya seperti kelim terbalik pada bahagian leher baju panas serta lengan potongan raglan untuk efek dramatik.
Manakala, terdapat juga sisi berzip yang diletakkan pada rekaan baju panas untuk pengaliran udara ke badan secara langsung
Lebih memukau, selain ia boleh didapati pada harga yang mampu milik, koleksi Bodywear oleh David Beckham kini berjaya mengambil hati jejaka peminat fesyen seluruh negara.
Ia menjadi keperluan fesyen asas yang amat di agungkan oleh para lelaki yang sering mementingkan keterampilan ringkas, namun masih lagi kelihatan sofistikated dan mewah.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi terbaru Bodyware oleh David Beckham ini, sila layari www.hm.com.