LG Electronics (LG) menggalakkan suri rumah supaya meninggalkan kerja-kerja membasuh pakaian menggunakan tangan dan merendam pakaian kotor seperti sebelum ini.
Selama sebulan bermula 15 Oktober 2015 (Khamis), para pelanggan boleh menukar bekas kain kotor atau papan membasuh pakaian mereka di mana-mana cawangan Pengedar Sah LG untuk mendapatkan rebat sebanyak RM100 secara serta-merta, bagi membeli mesin basuh LG dengan teknologi TurboShotTM yang terpilih.
Bukan itu sahaja, jika anda berkongsi sekeping gambar anda bersama peralatan membasuh baju dan mesin basuh baharu LG dengan #LGNoHandWash #LGTurboShot, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat termasuklah sebuah TV LG 60”, peti sejuk LG berkapasiti 335L dan Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih LG.
TurboShotTM: Prestasi Basuhan yang Luar Biasa
Teknologi TurboShotTM LG direka untuk menawarkan basuhan yang berkuasa dan bilasan efektif walaupun terhadap fabrik paling lembut dengan hanya memerlukan usaha minimum daripada pengguna. Sewaktu pusingan cucian, teknologi TurboShot™ menggunakan gerakan dram yang pantas dan semburan air bertekanan tinggi untuk menembusi ke dalam fabrik. Ia juga membantu menghilangkan kotoran paling degil tanpa perlu direndam atau diberus terlebih dahulu.
Peningkatan Prestasi Basuhan dengan Teknologi 6 Motion
Motor Inverter Direct Drive LG menggunakan satu sistem kawalan yang tepat bagi membolehkan teknologi 6 Motion ini meniru basuhan tangan dengan efektif. Setiap kitaran basuhan menggabungkan sehingga enam pergerakan berbeza seperti kuasa gelombang, mengaduk, menggosok, memampat, memutar dan mengayun demi menawarkan hasil basuhan yang revolusionari. Pada masa yang sama sangat lembut terhadap fabrik.
Untuk berita dan maklumat lanjut mengenai LG, sila layari laman web www.lg.com/my atau www.facebook.com/LGEMalaysia atau hubungi talian 1800-822-822.