Pengurusan masa buat mereka yang telah berkeluarga adalah sangat penting, terutama sekali kaum ibu dan wanita yang bekerjaya.
Kadang-kala kesibukan harian dengan pelbagai tugas yang perlu disempurnakan membuatkan mereka menghadapi kekangan masa bagi membeli barangan dapur segar untuk kegunaan harian.
Oleh itu, dengan teknologi yang semakin maju, kini HappyFresh tampil memperkenalkan kedai barangan runcit segar atas talian.
HappyFresh mengetengahkan aspirasi buat mereka yang sibuk dimana, mereka kini boleh membeli barangan runcit yang segar secara atas talian tanpan perlu bergegas atau membazir tenaga.
Khidmat pesanan dan penghantaran boleh dilakukan dalam masa yang singkat berdasarkan kedai-kedai berdekatan kawasan rumah anda yang bekerjasama dengan HappyFresh.
Menurut HappyFresh sendiri, majoriti pembeli barangan runcit adalah berumur diantara 22 hingga 40 tahun dan seperti yang dijangkakan, 80% daripada mereka adalah terdiri daripada kaum wanita. Mereka telah membuat pesanan setiap minggu kepada HappyFresh dan lebih gemar menggunakan cara pembayaran secara langsung atau ‘cash-on-delivery’.
Secara kesuluruhan, antara barangan runcit dan segar yang selalu mendapat permintaan umum adalah telur, susu, bawang, pisang dan tidak lupa juga keperluan asas kanak-kanak iaitu lampin bayi.
Bagi pelanggan yang berstatus lebih tinggi, antara barangan yang selalu dipesan oleh mereka adalah termasuk cendawan, tomato, ‘spaghetti’, dan dada ayam. Dengan itu, bagi kelompok kaum ini, mereka memilih untuk membuat pembayaran dengan menggunakan duit plastik (kad kredit).
Kedua-dua kaedah pembayaran adalah diterima dan pihak HappyFresh masih lagi cuba untuk mengembangkan perniagaan barangan runcit segar ini ke daerah jiran Asia Tenggara selain baru sahaja menempatkan diri di Kuala Lumpur dan Jakarta.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba khidmat belian barangan runcit segar atas talian oleh HappyFresh, anda boleh mula membuat pesanan barangan melalui laman sesawang rasmi HappyFresh www.happyfresh.com.