Jenama penjagaan kulit terulung SK-II mempersembahkan Beauty Bound Asia on YouTube – pencarian digital pertama dan pembentukan program untuk bakat pencipta kecantikan secara online. Ia adalah peluang keemasan untuk berinteraksi dan belajar dengan pakar kecantikan, jenama kecantikan dan pakar digital.
Cabaran berasaskan masa, program mentor dan bengkel yang diadakan oleh pengaruh kecantikan terbesar di Asia serta pakar industri, Beauty Bound Asia adalah inisiatif ulung yang direka khas untuk mengetengahkan dan membentuk generasi baru pakar kecantikan online.
Beauty Bound Asia terbuka kepada penduduk di 11 bandaraya terlibat termasuk Tokyo, Seoul, Osaka, Taipei, Hong Kong, Manila, Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, dan Sydney. YouTube dan bintang YouTube terkenal akan terlibat memberikan sokongan kepada program ini dengan menawarkan bengkel kemahiran untuk finalis Beauty Bound Asia.
Jurulatih online termasuk ratu kecantikan YouTube Michelle Phan, yang memiliki lebih 7.8 juta pengikut di YouTube dan 1.9 juta di Instagram. Selain itu, pakar kecantikan dari seluruh Asia turut memberi sokongan sebagai jurulatih termasuk Sasaki Asahi (Jepun), Calary Girl (Korea), Momay (Thailand) dan Wengie (Australia).
Siapa yang layak menyertai?
Sekiranya anda…
- Berusia lebih daripada 21 tahun
- Mempunyai minat mendalam terhadap kecantikan dan perkongsian pengetahuan kecantikan
- Kreatif dan memiliki idea bernas
- Mempunyai atau berminat untuk mengembangkan pengetahuan penghasilan video
- Penduduk tetap di mana-mana 11 bandaraya – Tokyo, Seoul, Osaka, Taipei, Hong Kong, Manila, Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, dan Sydney
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh layari beautyboundasia.com.