Kapten Nilofar Rahmani, 23 telah membuktikan wanita dan juga berhijab bukanlah halangan untuk berbakti kepada negara. Beliau merupakan wanita pertama menjadi juruterbang Tentera Udara Afghanistan dalam tempoh 30 tahun! Ketika era pemerintahan kerajaan Soviet dahulu, terdapat wanita yang dibenarkan bertugas dalam tentera udara. Akan tetapi, selepas perang meletus, golongan wanita terpinggir dan dihalang bersekolah.
Nilofar Rahmani telah ternampak iklan pengambilan juruterbang wanita 5 tahun yang lalu. Bapa beliau yang mahu menjadi juruterbang semasa muda, menggalakkan anak perempuan beliau untuk mencuba nasib dalam bidang berkenaan. Pada tahun 2012, beliau menerima sayap penerbangan dan mencipta sejarah. Sungguhpun begitu, keluarga beliau sering diugut oleh anggota Taliban kerana berani menentang stereotaip wanita tidak boleh menyertai pasukan tentera.
Serius respect terhadap wanita ini yang berani menentang streotaip tersebut dan telah menjadi juruterbang wanita pertama di Afghanistan dalam tempoh 30 tahun!
Sumber: utsandiego.com | reshareit.com | Blog Serius