Dua tahun lalu, pasangan Guillaume Dutilh dan Jenna Spesard menyedari bahawa mereka tidak ingin lagi mengejar karier yang tidak mereka minati. Dipetik daripada sumber businessinsider.com, pasangan tersebut memutuskan untuk keluar daripada pekerjaan mereka dan mula mengejar impian dan cita-cita yang mereka idamkan selama ini.
Mereka memilih untuk travel, berpindah-pindah tempat dan hidup secara nomad.
Guillaume dan Jenna sememangnya merupakan pasangan adventure junkies. Mereka sangat menyukai dunia penulisan, fotografi, dan juga kegiatan luar. Untuk memenuhi passion mereka dalam bidang travel journalism, mereka membuat sebuah rumah mini yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Dengan rumah mini tersebut, dalam waktu 5 bulan, kedua-dua mereka sudah menjelajah hingga 10,000 mil dan mengunjungi 25 negeri. Hebat!
Mereka mengambil masa 1 tahun untuk membuat rumah mini hingga siap untuk dibawa di jalanan. Perjalanan menarik mereka didokumentasikan dalam bentuk diari dan foto di blog dan saluran YouTube.
Wah, kami memang respect dengan pasangan ini. Bukan suatu hal yang mudah untuk meninggalkan semua kesenangan hidup demi mewujudkan impian seperti itu. Tetapi, kalau sudah bertekad, berusaha, dan berani mengambil risiko, apa jua dugaan dan rintangan boleh diatasi.
Sumber: businessinsider.com & vemale.com