Raikan detik bahagia di meja santapan bertemankan dekorasi indah dalam ritma putih, merah dan kuning. Gandingan serasi warna mewah menzahirkan ilham eksklusif nan memukau. Aturan bunga-bungaan yang digubah indah melengkapkan dekorasi malah mambangkitkan mood damai, sekaligus memikat selera untuk menjamah hidangan enak yang terhidang.
Aturan pinggan mangkuk tersusun kemas di atas meja menjadikan ruang makan tampak sempurna.
Lilin dihadirkan sebagai peneman setia bagi mencipta mood lebih romantis.
Alas meja berjalur dengan latar keemasan menyuntik gaya eksklusif dan mewah pada meja santapan raja sehari.
*Terima kasih kepada Hotel Singgahsana, Petaling Jaya & Pesona Pengantin, Karangkraf.