Tampil cantik di karpet merah Mnet Asian Music Awards 2014, Kang Sora menerima banyak pujian dan salah satunya yang menarik perhatian adalah dress yang dipakainya ketika sesi karpet merah.
Lumrah jika ramai selebriti memilih busana dari label mewah ke acara sebegini, berbeza dengan pelakon tinggi lampai ini yang memilih dress dari H&M sahaja untuk digayakan ke Mnet Asian Music Awards 2014.
Difahamkan dress yang dipakai Kang So Ra hanyalah berharga $29.95 (USD), dress yang mampu dimiliki oleh semua. Ramai netizens kagum kerana walaupun dress biru renda itu murah tetapi ianya kelihatan eksklusif dan mewah dibadan So Ra. Malah So Ra kelihatan cukup elegan pada malam itu.
Tak kisahlah berapa harganya tetapi jika anda selesa dan yakin, pasti anda tampil menarik. Percayalah!