Sorabee, rangkaian penjagaan kulit yang dipatenkan merupakan keluaran Amaranth Cosmetics (Korea) yang pertama di dunia menggunakan ekstrak kolagen marin daripada tapak sulaiman untuk membantu mengimbangi lembapan dalam kulit.
Kolagen tapak sulaiman telah terbukti berkesan menembusi lapisan kulit untuk melembapkan kulit, mencegah pengoksidaan kulit dan melindungi kulit daripada pencemaran virus. Selain itu, siri penjagaan kulit Sorabee dirumuskan dengan bahan-bahan organik dan semula jadi, menjadikannya benar-benar mesra alam.
Siri penjagaan kulit Sorabee adalah sesuai untuk pelbagai jenis kulit.
Kini, Sorabee Malaysia menawarkan 4 siri penjagaan kulit yang mudah dan bersesuaian dengan pelbagai jenis kulit setiap individu.
Sorabee Balancing Series (Siri Keseimbangan)
Siri penjagaan kulit yang mewah ini dirumuskan dengan vitamin kompleks untuk menyuburkan, memberi tenaga dan menguatkan kulit dalam menentang UV, pencemaran persekitaran dan tanda-tanda penuaan yang ketara. Bahan-bahan utama dalam produk memberi khasiat intensif untuk kulit, iaitu Kolagen Tapak Sulaiman membantu menguatkan keanjalan kulit, menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan (Nombor Paten 10-0679712); Air Lautan Dalam menggalakkan penyucian, mengimbangi dan mencerahkan kulit dan Plankton Sea Pool meningkatkan penghidratan dan memulihkan semula kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kulit mengalami dehidrasi, kulit lesu atau keletihan. Membekalkan nutrien intensif dan melindungi kawasan kulit yang halus dari kedutan.
Sorabee Anti-Wrinkle Series (Siri Anti-Kedutan)
Produk anti-kedutan yang sempurna mengandungi bahan-bahan marin paling berkuasa (Kolagen Tapak Sulaiman, bahan-bahan marin, adenosina, beta-glucan, panthenol) bekerja secara sinergi untuk menegangkan dan menghidratkan kulit. Ia juga mengandungi Ekstrak Laminaria Japonica (Ekstrak kombu) untuk merangsang metabolisme kulit dan penghasilan sel, menyingkirkan toksin daripada badan dan meningkatkan fungsi sistem imun; Ekstrak Sargassum Fluvellum (Brown Seaweed) yang muat dengan vitamin, mineral dan asid amino untuk menentang penuaan kulit dan merupakan sumber antioksidan yang hebat; dan Ekstrak Caulerpa Lentillifera (Ekstrak Sea Grape) yang memberi manfaat untuk penjagaan kulit yang intensif dan mengawal fungsi penghadang lembapan.
Siri Anti-Kedutan Sorabee direka khas untuk mereka yang ingin memiliki kulit yang tegang, lembap dan kelihatan lebih muda. Ketara memperbaiki kulit kering, kasar dan letih, melembutkan garis-garis halus, kedutan dan memulihkan kesihatan kulit.
Disyorkan untuk kulit yang mempunyai tanda-tanda awal penuaan, kekurangan keanjalan; garis-garis halus dan kedutan yang disebabkan oleh faktor persekitaran dan tabiat buruk; kekeringan, retak, kulit kasar; kedutan bercabang di hujung mata dan kedutan di sekitar kawasan mata.
Sorabee Whitening Series (Siri Pemutih)
Produk pencerahan penjagaan kulit Sorabee dengan bahan-bahan marin paling berkuasa (Kolagen Tapak Sulaiman, bahan-bahan marin, Ekstrak Stem Morus Bombycis, Niacinamida) bekerja secara sinergi untuk membaiki kulit yang rosak, mencerahkan dan menghidratkan kulit secara mendalam. Vitamin B3 (Nikotinamida) mengisi semula tahap ceramides dan asid lemak dalam kulit dan menghalang kehilangan lembapan; manakala ejen penghidratan kuat Asid Hyaluronic menambah kolagen dan elastin ke dalam lapisan dermis, menghidrat lapisan dalaman kulit, menegangkan kulit dan mencegah kendur.
Direka khas untuk merawat kulit kasar, berpigmen, letih dan stres; bagi mereka yang ingin memiliki kulit yang lebih cerah, berseri, lembut, tegang, lembap, bertekstur halus dan cantik.
Sorabee Homme Series – Penyelesaian untuk kulit lelaki
Sorabee Homme Fresh Skin & Mild Lotion melindungi kesihatan kulit lelaki, di samping mengekalkan penampilan muda mereka. Kolagen daripada tapak sulaiman, air laut dalam dan ekstrak Plankton Spa menyokong keanjalan kulit dan penghidratan, menggiatkan semula sel-sel kulit dan meningkatkan pertahanan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor persekitaran yang berbahaya. Allantoin, Air Scoria dan Ekstrak Hwanggum menyegarkan kulit anda, sambil memberikan kesan anti-radang dan menenangkan kulit.
Homme Series dirumus khas untuk lelaki yang ingin untuk melindungi kulit mereka daripada faktor-faktor luaran yang berbahaya, untuk mendapatkan semula keseimbangan kelembapan kulit dan memiliki kulit yang lebih lembap dan licin.
Berbanding dengan kulit wanita, kulit lelaki mempunyai terlalu banyak sebum tetapi penghidratan yang rendah; tekstur kulit yang rosak akibat parutan dan lebam cukur; pendedahan yang kerap kepada pencemaran alam sekitar, habuk, stres dan merokok; dan kekurangan penjagaan kulit, menyebabkan kulit kasar, tidak seimbang dengan berliang besar.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan mereka di Main Place USJ 21/10; The Mines, Selangor; Quill City Mall, Kuala Lumpur; Taiping Mall, Perak; Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dan Gurney Plaza, Pulau Pinang yang beroperasi bermula November ini.
Facebook Sorabee Malaysia: www.facebook.com/sorabeemalaysia