Ride Along 2 adalah filem sekuel kepada Ride Along yang ditayangkan pada tahun 2014 lalu. Mendapat sentuhan dari pengarah filem sains fiksyen Fantastic Four, filem Ride Along 2 yang bergenre aksi komedi ini bakal membawa suatu kelainan kepada para penonton.
Jalan ceritanya sedikit berbeza, ia berkisarkan tentang kisah watak Rookie Iawman Ben Barber lakonan Kevin Hart yang bercita-cita untuk menjadi seorang detektif berkaliber seperti James Payton iaitu abang iparnya lakonan Ice Cube.
Oleh itu, James dengan berat hatinya telah membawa Ben untuk turut serta dalam misinya ke Miami bagi membuat tindakan susulan yang berkaitan dengan kancah kumpulan pengedaran dadah terbesar.
Kes penyiasatan itu kemudian membawa mereka menemui seorang detektif pembunuhan serta penggodam komputer yang secara tidak langsung telah mendedahkan suatu bukti membabitkan seorang ahli perniagaan ternama.
Kini, terpulang kepada James mahupun Ben untuk membuktikan bahawa eksekutif berkarisma Antonio Pope adalah dalang sebenar terhadap segala jenayah kekejaman, mengetuai kumpulan perdagangan dadah di daerah Selatan Florida.
Genre: Aksi / Komedi
Bahasa: Bahasa Inggeris
Syarikat Penerbitan: Universal Pictures
Pengarah: Tim Story
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2016 (Malaysia)
Klasifikasi: PG 13
Jangkamasa Filem: 1 jam 42 minit
Pelakon: Ice Cube, Kevin Hart, John Leguizamo, Bruce McGill, Tika Sumpter, Bryan Callen, Laurence Fishburne, Dragos Bucur, Gary Owen, Jacob Latimore, Jay Pharoah, Benjamin Flores Jr., Greg Rementer, Jasmine Burke dll.
https://www.youtube.com/watch?v=spYO3dOYTNA