November lalu, Salman Khan digelar hero sebenar Bollywood selepas menaja perkahwinan adik kesayangannya, Arpita Khan. Salman telah telah menghadiahkan adiknya sebuah kereta mewah, sebuah pangsapuri mewah, malah, Salman turut terkenal dengan sifat mulianya yang kerap membantu ribuan kanak-kanak susah melalui pertubuhan amal.
Terkini, pelakon berbadan sasa itu menjadi perbualan hangat media India apabila mencipta onar hingga mencetus perasaan berang dan geram dalam kalangan penumpang sebuah pesawat.
Kisahnya, satu penerbangan dari Sri Lanka ke Mumbai diumumkan mengalami delay kerana berdepan masalah teknikal. Namun peliknya, setelah hampir setengah jam penumpang menanti kononnya untuk masalah teknikal tersebut diatasi, tiba-tiba muncul Salman Khan beserta pengawal peribadinya memasuki pesawat berkenaan. Ini sekaligus mencetus prasangka dalam kalangan penumpang bahawa ‘masalah teknikal’ itu adalah pelakon tersebut!
“Selepas hampir setengah jam, Salman Khan beserta pengawal peribadinya, Shera berada dalam pesawat itu. Jadi, kami semua berpendapat pesawat tersebut lewat berlepas adalah disebabkan dia dan bukan masalah teknikal sepertimana diuar-uarkan,” kata satu sumber.
“Rata-rata tidak puas hati dan tertanya-tanya mengapa layanan khas tersebut diberikan kepada Salman sedangkan ianya menyusahkan penumpang lain, lebih-lebih lagi apabila masa mereka terbuang begitu saja dengan menunggu.
“Bukan itu saja, sebaik pesawat tiba di Mumbai pada pagi 30 Disember, Salman telah diberikan akses VIP untuk dibawa keluar segera, sebelum pesawat sempat sampai ke kawasan menurunkan penumpang,” adu sumber itu lagi.
Mynewshub