Anda mesti terfikir apa barang/hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Alahai peningnya, jangan risau kami kongsi tips yang sesuai boleh dijadikan panduan untuk anda. Tapi, kami akan lebih spesifik kerana entry kali ini, kami akan fokus kepada cadangan hantaran kahwin pihak perempuan ke pihak lelaki. Hantaran apa yang banyak diberikan untuk pihak lelaki sekitar tahun 2014? Wanista senaraikan.
1. Gajet seperti telefon pintar/tablet ini boleh dikatakan barangan hantaran kahwin kesemestian diberikan kepada pihak lelaki.
2. Jika pasangan anda jenis yang suka sukan permotoran, mungkin idea memberi helmet adalah yang terbaik untuk mereka.
3. Jika pasangan anda aktif bermain bola, kasut sukan merupakan idea yang boleh diguna pakai.
4. Ada dikalangan lelaki yang suka jika pasangan jadikan minat mereka sebagai barang hantaran. Contohnya set drum elektrik ataupun gitar.
5. Bagi merakam memori indah, idea memberi kamera/ video juga terbaik.
6. Tidak ketinggalan jam/dompet/baju kemeja/tali pinggang sebagai hantaran kahwin.
7. Set minyak wangi perlu ada dalam senarai hantaran kahwin untuk bakal suami anda.
8. Mungkin anda boleh berikan kasut untuk si lelaki, tapi make sure anda tahu stail kegemarannya dan saiz agar nanti tak menyesal bila sudah beli.
9. Anda boleh juga berikan komputer riba sebagai barangan hantaran kahwin.
10. Basic item seperti al-quran/digital al-quran.
11. Barangan lain seperti songkok atau kain pelekat.
Sebenarnya banyak lagi barang hantaran yang boleh diberi, semuanya bergantung dengan bajet anda. Wanista harapkan proses penyediaan barangan hantaran anda berjalan dengan baik hendaknya.
Sumber gambar dari Google Image