Selain tarikan WaterWorld@i-City , Red Carpet, i-City dengan bangganya memperkenalkan lima tarikan edutainment terbarunya untuk keluarga terutamanya kanak-kanak.yang terletak di FunWorld@i-City . Bersesuaian untuk liburan seisi keluarga, beberapa tarikan baru tersebut termasuklah:
1. Itsy Bitsy
Sebuah taman magis yang terdapat pelbagai permainan yang boleh dicuba seperti Mini Pirate Ship, Rocking Chaise Car dan Fitness JR yang akan menguji kekuatan fizikal dan stamina kanak-kanak.
2. Jungle Adventure
Pusat pengembaraan permainan ringan yang membolehkan kanak-kanak memulakan Jungle Rider dengan ibu bapa mereka dalam meneroka lebih lanjut mengenai makhluk hidupan liar kerana ‘haiwan-haiwan” ini dibiarkan “berkeliaran” di dalam hutan mini secara bebas . Kanak-kanak juga akan terhibur dengan Mr. Tiger yang bersembunyi di sekitar sudut menunggu untuk menyambar anda. Anda juga berpeluang menemuiThree Bears yang ramah di sini.
3. Fun Drive
Sebuah bandar mini di mana kanak-kanak dibenarkan memandu untuk meneroka bandat mini ini. Ia adalah pengenalan pendidikan tentang keselamatan jalan raya dan kanak-kanak akan menerima kad pendaftaran pemandu dan mendapatkan taklimat mengenai peraturan keselamatan asas dan peraturan-peraturan semasa di jalan raya.
4. Dancing water
Kini pengunjung juga boleh menikmati persembahan air pancut di I-City.
5. Mist Fountain
Terletak di dalam taman lightscapes digital, Mist Fountain menawarkan pengunjung untuk merasai kesan penyejukan seolah berada di puncak gunung
FunWorld @ i-City dibuka bermula dari pukul 10:00 pagi ke atas . Persembahan Dancing Water, pula akan diadakan pada pukul 9 malam dan 10 malam dari hari Isnin hingga Khamis dan untuk hari Jumaat hingga Ahad, ia boleh dinikmati pada pukul 8 malam, 9 malam, 10 malam dan 11 malam. Pelawat boleh mengalami tarikan Fountain Mist selepas persembahan Dancing Water.