Julung pertama kali diadakan, CFDA telah menamakan Patrick Janelle sebagai pemenang anugerah Fashion Instagrammer of the Year. Melalui Instagramnya yang lebih dikenali sebagai @ AGuyNamedPatrick, lelaki ini berbicara tentang pengaruh fesyen dan media sosial dalam kehidupannya.
1. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda dan kehidupan luar daripada Instagram.
Latar belakang saya adalah reka bentuk grafik, jadi sekarang saya sedang sibuk bekerja dengan beberapa pelanggan reka bentuk grafik. Saya sibuk dengan Spring Street Social Society, kumpulan yang saya asaskan dengan mengasaskan dengan pasangan, Amy Virginia Buchanan. Menariknya ia menyediakan peluang bagi penduduk di New York berkumpul di Manhattan untuk berkongsi pengalaman luar biasa dan menarik sekaligus mengenali antara satu sama lain.
2. Boleh dikatakan Instagram anda dipenuhi dengan gambar makanan. Kenapa?
Ya! Betul. Ia benar-benar penting bagi saya. Instagram saya adalah satu jenama. @ AGuyNamedPatrick adalah satu jenama jadi penting untuk saya merakamkan setiap memori jenis aktiviti dan gaya hidup yang saya nikmati. Saya menjadikannya gol. Ia adalah satu matlamat untuk mempamerkan gaya hidup dan aktiviti-aktiviti melalui Instagram.
3. Apakah strategi Instagram anda apabila anda mengambil foto atau apabila anda memikirkan perkara yang perlu anda pos?
Pertama sekali, masa dan aktiviti yang saya lakukan adalah nyata. Jika saya sedang minum kopi dengan seseorang, imej itu yang akan dipaparkan pada waktu pagi. Jika saya melakukan sesuatu pada waktu petang untuk sesuatu acara, perkara yang sama akan saya lakukan. Dari segi strategi, saya mahu imej yang saya fikir adalah cantik dan menawan dan orang akan bertindak balas terhadap estetik dan visual. Saya juga ingin memberikan imej dengan konteks supaya orang memahami mengapa saya memilih gambar itu dan bagaimana ia sesuai dengan hidup saya dan apakah yang berlaku di sekitar ketika saya mengambil gambar itu.
4. Adakah anda mempunyai gambar kegemaran atau perkara yang anda suka untuk mengambil gambar?
Tidak semestinya. Saya suka menangkap moment makanan yang benar-benar hebat. Saya suka mempamerkan sesuatu yang lazat agar orang dapatinya benar-benar menawan, merangsang dan menarik minat.
5. CFDA menambahkan kategori ini menunjukkan kuasa media sosial dan Instagram dalam dunia fesyen. Bagaimana anda berfikir bahawa gambar makanan anda menyumbang kepada itu?
Saya menampilkan fesyen. Saya hanya melihat petikan ini semalam dari Coco Chanel : “Fesyen adalah sesuatu yang wujud. Ia bukan sesuatu yang wujud dalam pakaian sahaja. Fesyen adalah di langit, di jalan. Fesyen mempunyai kaitan dengan idea-idea, cara hidup kita, apa yang berlaku. Saya rasa itu cara pendekatan fesyen. Fesyen adalah sama penting kepada saya seperti mana-mana aspek lain gaya hidup yang sempurna.
Saya rasa fesyen menunjukkan dirinya dalam cara kita memilih untuk meneruskan kehidupan kita dan cara hidup kita. Saya rasa fesyen terbukti dalam tempat-tempat yang saya pergi dan pilih untuk menghabiskan hari-hari saya dan bagaimana ianya membantu kegiatan kehidupan saya di dalam pengalaman estetik melalui makanan dan perjalanan, malah melalui hubungan dan melalui apa yang saya lihat di sekeliling saya.
6. Apakah filter kegemaran anda?
Untuk pengetahuan anda, saya tidak menggunakan filter di Instagram kerana saya mengedit setiap gambar saya. Editing yang berlaku adalah sebelum saya membawa imej ke dalam Instagram. Saya menggunakan Snapseed dan Disco Cam atau VSCO Cam dan After Light. Kesemua ini mempunyai filter dan editing tool yang lebih khusus.
Lihat koleksi gambar Instagram aguynamedpatrick