Budaya cantik hari ini membawa setiap individu baik wanita mahupun lelaki kepada fasa mengubah rupa asli kepada bentuk wajah yang diimpikan. Tanyalah wanita mana sekalipun, pasti mereka punya cara sendiri untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya supaya rasa lebih yakin setiap kali melangkah keluar. Asas solekan hari ini nampaknya bukan lagi senjata utama apabila cara yang lebih ekstrem menjadi taruhan untuk cantik dalam masa yang singkat biarpun dengan pelaburan yang cukup tinggi. Boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mengamalkan pengambilan jamu atau cara tradisi lain yang memakan masa lama dalam memberi kesan positif pada wajah.
Saya pasti ramai yang mengenali hos Fashion Police, Joan Rivers. Pada usia 80 tahun kulit wajahnya kelihatan begitu tegang tanpa sebarang kedutan asli di wajahnya. Rahsianya? Botox dan pembedahan plastik menjadi regim kecantikannya dan dia begitu terdedak untuk kelihatan cantik dan muda. Apabila ditanya kenapa dia sanggup melakukan proses yang hanya menyakitkan itu, jawapannya “Saya mahu kelihatan cantik dan muda.” Jeniffer Aniston pernah memberitahu dia pernah mencuba botox tetapi menyesalinya kerana suntikan toksin itu hanya membuatkan wajahnya kelihatan bengkak dan keras. Walaubagaimanapun, kini ramai tidak lagi membuat botoks kerana sudah ada penemuan baru – reloxin dan frotox. Apa itu reloxin dan frotox?
APA LAGI SELEPAS BOTOX? RELOXIN? FROTOX?
Apa itu Reloxin? Rawatan penegangan kulit wajah ini merupakan alternatif kepada botox. Ramai yang beralih kepada rawatan ini kerana kesan smpingan tidak seteruk botox. Reloxin tidak membuatkan wajah merah dan lebam selepas rawatan seperti botox. Malah kesannya lebih natural dalam mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit.
Frotox? Dikenali sebagai lovera, rawatan ini merupakan penemuan terbaru yang masih lagi dalam percubaan di Amerika Syarikat dan Eropah menggunakan jarum kecil tanpa toksin yang disuntik ke dalam wajah. Efek sejuk suntikan yang mengambil masa 10 minit pelaksanaan ini tidak meninggalkan kesan sakit kepada pengguna dan hasilnya serta-merta.
SUMBER – MAJALAH EH