Siapa yang tidak kenal dengan Jessica Alba? Pelakon yang kini berusia 33 tahun itu mempunyai dua orang anak dan menjadi watak utama di dalam filem Spy Kid dan Sin City sehingga kini menjadi ikon fesyen jalanan wanita yang gemarkan fesyen santai dan trendy. Menurut Jessica Alba, antara pakaian asas yang perlu ada di dalam almarinya adalah jaket denim, kot panjang dengan warna terang serta potongan vintaj, dress hitam, t-shirt dengan warna tanah seperti coklat, putih dan kelabu, seluar jeans dan fitted blazer.
Inspirasi fesyen Jessica Alba
Dia sentiasa sukakan fesyen Audrey Hepburn dan Grace Kelly, kerana mereka amat bergaya. Selain itu, Jessica sukakan fesyen Kate Moss, kerana baginya Kate kelihatan agak rock n roll serta Daria, watak kartun di TV, juga merupakan salah satu ikon fesyen kegemarannya.
Berikut kami kongsikan fesyen jalanan yang boleh anda cuba.