Nampaknya jenama kelahiran Jepun, Uniqlo terus unggul dan mekar di pasaran Malaysia.
Tahun berganti tahun, musim berganti musim, ada saja benda baru yang Uniqlo bawa masuk memikat rakyat tempatan. Setiap rekaan koleksi yang minimalis, praktikal, trendy dan sopan sesuai dengan gaya hidup majmuk masyarakat kita.
Teruja dengan koleksi musim bunga dan panas untuk tahun ini, apa pembaharuan yang Uniqlo tawarkan pada pelanggan mereka? Antara highlight yang memikat kamu semua kena sambar.
Hana Tajima Spring/Summer 2021
- Foto – Uniqlo
Koleksi terbaru dari kolaborasi dengan pereka fesyen hebat Hana Tajima mengungkapkan kepelbagaian budaya di dunia melalui gaya eleman, keselesaan, perhatian terhadap perincian dan reka bentuk universal sesuai untuk wanita dari semua peringkat umur.
+J Spring/Summer 2021
Kerjasama yang bermula pada musim lalu membawa kepada satu kejayaan. Kali ini, pereka legenda Jil Sander, yang membawa gaya moden yang lagi luar biasa untuk wanita dan lelaki.
- Foto – Uniqlo
Koleksi + J Spring / Summer 2021 melahirkan campuran musim sejuk dan musim bunga, tapi masih mengekalkan standard Uniqlo – minimalis, sofistikated dan keselesaan.
Uniqlo x Theory
Uniqlo mengumumkan koleksi terbaru mereka ‘Uniqlo x Theory’, kerjasama dengan jenama fesyen kontemporari yang berpusat di New York.
- Foto – Uniqlo
Koleksi Uniqlo x Theory mengambil inspirasi dari gaya hidup New York yang moden, dengan elemen keselesaan sesuai untuk fesyen harian hingga aktif. Lifewear yang bergaya ini sesuai dengan gaya hidup masa kini.
Ines de la Fressange
Setiap musim ikon fesyen global Ines de la Fressange menawarkan satu seleksi yang menawan ternyata memikat para wanita.
- Foto – Uniqlo
Sesuai dengan motif “luxurious clothes, and beyond,” rekaan baru ini menyatukan kepercayaan Ines dalam merancang pakaian yang dapat dipakai oleh semua wanita dengan selesa. Rekaan ini menyediakan inovatif, berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan gaya hidup harian.
Uniqlo U Spring/Summer 2021
Yang baru untuk musim kali ini, pemilihan warna neutral bumi bercampur dengan warna-warna terang, membangkitkan perasaan semula jadi.
- Foto – Uniqlo
Masih lagi mengekalkan sofistikated tapi sedikit light, fun dan freedom.
Semua koleksi di atas sudah berada di semua butik Uniqlo dan secara atas talian uniqlo.com.