Tipu lah kalau tak pernah dengar tentang Bougas Beauty.
Bougas Beauty adalah sebuah jenama kecantikan tempatan yang Halal dan mendapat pengiktirafan daripada JAKIM. Produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi ini ditubuhkan pada 2017 untuk melakukan perbezaan di samping menaik taraf kehidupan setiap individu.
Mendapat pengiktirafan sebagai ‘Super Health Brand‘ Asia Pasifik 2019, Pengasas dan Pengarah Syarikat Bougas Beauty, Puan Erni telah memperkenalkan tiga selebriti sebagai duta Bougas Beauty.
“Bougas Beauty berasa berbangga melantik Tasha Manshahar, Amira Othman dan Wany Hasrita sebagai duta. Pelantikan ini disebabkan oleh kesungguhan mereka untuk berjaya serta pencapaian dan kejayaan mereka adalah sesuatu yang kami impikan”, ujar Puan Erni.
Mengikis stigma berkaitan dengan jenama tempatan, Bougas Beauty berazam untuk membawa jenamanya ke persada antarabangsa.
“Jenama kami telah membuka peluang perniagaan kepada mereka yang memerlukannya. Pelbagai manfaat yang boleh didapati oleh setiap orang daripada pelbagai aktiviti pemasaran dan kesedaran kami”, ujar beliau.
Bekas penyanyi dan kini seorang guru di Melaka, Tasha Manshahar telah menggunakan Bougas Beauty sejak awal penubuhannya. Beliau menjadikan produk tersebut sebahagian daripada kehidupannya, “Kini saya bergantung kepadanya supaya saya sentiasa kelihatan terbaik semasa bekerja dan keluarga”.
Bagi Amira Othman yang mempunyai jadual yang sibuk, “Sepanjang kesibukan kerja, saya dapat menjaga kulit saya untuk kekal bersih dan sihat. Bougas Beauty sangat mudah digunakan dan amat berkesan”.
Menerusi Instagram milik Wany Hasrita, “Sepanjang pkp, muka Wany menjadi breakout dan secara kebetulan Wany bertanyakan kepada Amira tentang produk yang dipakainya. Selepas mencuba, Wany terus suka!”.
Walaupun kecantikan didefinisikan secara berbeza bagi setiap orang, Pengasas Bougas Beauty yakin jenamanya dapat membawa kecantikan yang diidamkan oleh semua wanita.