Garam pink atau garam merah jambu Himalaya sangat terkenal di seluruh dunia, penggunaan garam merah jambu ini dalam masakan, rawatan spa, mandian dan produk kecantikan cukup popular. Tetapi apa yang membuatkan garam merah jambu Himalaya dari Pakistan ini sangat mahal.
Wanista tampil mengupas mengenai mengapa garam merah jambu Himalaya ini sangat mahal di pasaran dunia. Cuba bayangkan garam Himalaya berwarna merah jambu yang mahal ini dikatakan memberi kebaikan untuk kesihatan adalah tidak dapat dsahkan akan kesahihannya kerana tiada penyelidikan yang menyokong pandangan tersebut.
Antara yang biasa kita dengar mengenai fungsi garam himalaya merah jambu terhadap kesihatan adalah:
- Membaiki masalah pernafasan
- Mengimbangi pH tubuh
- Mengurangkan tanda penuaan
- Meningkatkan kualiti tidur
- Melancarkan perjalanan gula dalam darah
- Meningkatkan libido
Meski banyak dakwaan mengenai kebaikan garam merah jambu Himalaya di sosial media dan iklan tetapi tiada kajian sainstifik yang menyeluruh dijalankan bagi menyokong pandangan atau dakwaan tersebut.
Apa Itu Garam Merah Jambu Himalaya
Garam merah jambu Himalaya ini merupakan garam batu yang berwarna merah jambu yang di gali keluar dari lombong garam Khewra yang berhampiran Himalaya, Pakistan. Lombong garam Khewra yang berusia 200 juta tahun ini, merupakan lombong yang tertua dan terbesar sekali di dunia.
Ke semua garam merah jambu Himalaya yang di gali keluar dari lombong ini telah terbentuk sejak berjuta-juta tahun yang lalu daripada penyejatan air pada zaman purba dahulu kala.
Selain itu, garam galian ini di bawa keluar menggunakan tenaga buruh dan melalui proses yang sangat minimal. Sekaligus menjadikan ia sebuah produk garam yang bebas dari produk tambahan dan ianya lebih semulajadi daripada garam biasa.
Malah garam merah jambu Himalaya juga, mengandungi banyak sodium chloride seperti garam biasa. Dan garam merah jambu ini juga mengandungi 84 jenis mineral, yang ia tidak terdapat di dalam garam biasa.
Punca Garam Merah Jambu Himalaya Mahal
Why is pink Himalayan salt so expensive? pic.twitter.com/0mBjjDjqxo
— Business Insider (@BusinessInsider) June 3, 2019
Pasaran garam merah merah jambu Himalaya dianggarkan akan mencecah $14.1 bilion atau RM57.3 bilion pada tahun ini. Di pasaran, garam Himalaya berwarna merah jambu di pasarkan sebagai produk yang mewah dan kaya dengan perisa, tetapi adakah rasa yang lebih baik membuatkan harganya dijual dengan sangat mahal.
Faktor Melombong Dan Proses Garam
Adakah melombong dan mengagihkan tugas memproses garam merah jambu Himalaya yang membuatkan ia menjadi mahal. Jika di lihat pada bahagian melombong garam, kosnya sangat rendah dan bahan-bahan aslinya sangat banyak.
Seperti yang sedia maklum, lombong garam Khewra adalah yang terbesar sekali di dunia dengan menghasilkan 350,000 tan setiap tahun.
Tambahan lagi, para pekerjanya pula sangat berkemahiran tinggi dengan mengekalkan cara tradisional bagi menggali keluar garam batu ini.
Rata-rata ramai pengguna menyangkakan bahawa kos melombong dan tenaga kerja mereka, yang membuatkan produk garam merah jambu Himalaya ini dijual dengan mahal. Walhal, kos mereka sangat murah dan kemudian dijual kepada orang ramai dengan harga yang melambung tinggi.
Faktor Bagus Untuk Kesihatan
Ramai yang percaya bahawa garam merah jambu Himalaya ini memiliki kesan yang bagus ke atas kesihatan diri manusia dan garam tersebut digunakan dalam pelbagai bentuk seperti untuk di hidu atau dihasilkan sebagai lampu untuk perubatan homeopati.
Serta banyak dakwaan-dakwaan kesihatan di gembar gemburkan kepada pengguna, bahawa garam tersebut memberi kesan yang bagus kepada kesihatan. Tapi tiada kajian yang menyeluruh dijalankan bagi menyokong dakwaan tersebut.
Selain itu, untuk menjadikan garam merah jambu kelihatan menarik, garam batu ini telah diukir dengan pelbagai jenis bentuk dan di war-warkan kepada orang ramai bahawa ianya bagus untuk kesihatan.
Dari situlah ia telah mula menjadi trend di pasaran, dengan visual garam yang menarik secara tidak langsung ia menjadi salah satu sebab utama mengapa penjual atau peniaga meletakkannya dalam harga yang mahal.
Ia menunjukan bahawa garam merah jambu Himalaya ini di kelaskan sebagai produk mewah dan memberi kesihatan kepada manusia.
Faktor Propaganda Pemasaran
Garam merah jambu Himalaya ini juga menjadi mahal di sebabkan faktor pemasaran yang dilakukan secara global. Lihat saja jenama-jenama garam merah jambu Himalaya, masing-masing memasarkan produk mereka dengan cara dan gaya bahawa garam merah jambu ini adalah produk yang mahal dan menyihatkan.
Dan media pula menggembar-gemburkan iklan produk garam ini menjadi lebih mahal dan berlebihan. Dari situ kita semua melihat bahawa garam merah jambu Himalaya ini, merupakan produk yang bercitarasa tinggi dan mewah. Walhal, rasanya sama sahaja dengan garam biasa.
Faktor Sosial Media
Peranan sosial media merupakan salah satu tunjang utama yang memperlihatkan bahawa garam merah jambu Himalaya ini menjadi mahal. Lihat saja trending garam pink atau garam merah jambu di Instagram.
Ianya sangat menakjubkan dan menjadi salah satu faktor besar mengapa garam merah jambu Himalaya ini boleh dijual secara mahal di pasaran dunia.
Lihat berapa ramai yang hastag seperti #himalayansalt, #pinksalt atau #pinkhimalayansalt dan kemudian memuat naik gambar-gambar garam merah jambu tersebut di akaun Instagram mereka.
Dan apabila pengikut akaun tersebut melihat gambar garam merah jambu Himalaya tersebut, ia terus mendapat perhatian ramai dan rata-rata ramai yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan garam tersebut di ruangan komen akaun Instagram.
Jadi dengan treding di sosial media, dengan gambar garam yang cantik dan unik serta propaganda mengenai kesihatan, menjadikan ia produk yang boleh dijual secara mahal dan dilabelkan sebagai produk mewah dan bercitarasa tinggi.
Jadi tidak hairanlah menerusi faktor-faktor sebegini harga garam merah jambu Himalaya dijual pada harga yang sangat tinggi di pasaran.