Kecoh beberapa hari sudah di internet apabila seorang kakak prihatin ini memuat naik status peribadinya di akaun Twitter apabila tidak ada seorang pun rakan adiknya datang ke sambutan ulang tahun adiknya itu untuk turut sama memeriahkan parti yang bertemakan drama bersiri sains fiksyen popular Netflix, “Stranger Things”.
https://twitter.com/ayenalambat/status/975278827378126849
Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu adalah kacukan Amerika-Filipina bernama Aaron Alambat yang mahukan sambutan hari jadinya ke-12 disambut meriah dengan kek dan dekorasi serba-serbi bertemakan “Stranger Things”.
Dalam pada masa yang sama, Aaron telah mengundang lapan orang rakan kelasnya namun tidak seorang pun kunjung tiba sehinggalah dia perlu meniup lilin seorang diri sambil hanya ditemani kaum keluarganya. Parti ulang tahunnya itu diadakan di rumahnya, daerah Ranchao Cucamonga, California.
https://twitter.com/ayenalambat/status/975279248813387776
Tidak cukup dengan itu, Ayen, kakak kepada Aaron juga sempat memuat naik klip video yang memperlihatkan adiknya meniup lilin namun disertai perasaan dan riak wajah yang hambar, mungkin kerana terkilan tidak seorang rakannya pun yang hadir.
Tweet itu kemudian menjadi viral dan mendapat beratus ribu sukaan serta retweet daripada netizen bahkan, ramai peminat “Stranger Things” yang menyatakan perasaan simpati mereka dan mahu menganjurkan parti lain buat Aaron.
Namun, keajaiban berlaku dan mampu mengukir senyuman di wajah Aaron apabila pelakon remaja perempuan, Milly Bobbie Brown, ada meninggalkan komen pada tweet tersebut dengan berkata:-
“Apa!!! Oh mungkin awak boleh beritahu mereka (kawan-kawan Aaron) yang kami daripada drama “Stranger Things” pasti akan datang! Saya fikir kamu sangat hebat dan tahun depan saya mahukan undangan… Boleh kan?”
https://twitter.com/milliebbrown/status/975945555741495296
Tidak lama selepas itu, seorang lagi pelakon “Stranger Things” Gaten Matarazzo pula meninggalkan komen reaksi berkata:-
“Ajak saya juga! Saya akan bawa puding coklat”
Count me in too! I’ll bring the chocolate pudding 🎂🎉🎈
— Gaten Matarazzo (@GatenM123) March 20, 2018
Nampaknya, memang meriahlah parti ulang tahun Aaorn yang ke-13 tahun hadapan dengan kehadiran bintang-bintang popular “Stranger Things”!
Tonton Trailer Stranger Things Musim Ke-2
https://www.youtube.com/watch?v=vgS2L7WPIO4
Buat yang tidak tahu, drama bersiri itu kini sedang ligat menyiarkan episod-episod musim keduanya di Netflix setelah mendapat sambutan ramai dari penonton di seluruh dunia, yang bukan sahaja memikat hati anak-anak remaja tetapi dalam kalangan orang dewasa juga.