Trend kecantikan Korea bukan lagi baru di Malaysia, malah sudah ramai yang terikut-ikut dengan gaya solekan, rutin kebersihan kulit dan supplemen pemakanan dari sana untuk cantik.
Pada pendapat penulis, gaya cantik yang diketengah oleh orang Korea ialah dengan tampak innocent dan comel. Tak perlu contour dan kening tinggi, tak percaya? Baca: Ini Alasan Kenapa Wanita Korea Nampak Lebih Muda Berbanding Wanita Barat.
Rasanya dah ramai perasan dengan bentuk kening selebriti Korea yang tegak dan mempunyai lengkung rendah berbanding selebriti dari negara barat. Tapi kenapa agaknya ya mereka suka dengan kening tegak dan tebal ini?
#1 Kening tebal dikatakan cara terbaik untuk memberi gaya muda dan salah satu cara untuk tampil awet muda lima hingga 10 tahun dari umur sebenar.
#2 Kening rendah beri ilusi wajah anda lebih lembut dan comel.
#3 Bukan sahaja wanita, malah kaum lelaki juga sesuai dengan gaya kening ini.
#4 Ia lebih mudah dijaga dan dibentukkan. Senang cerita sesuai untuk mana-mana bentuk muka!
#5 Gaya kening yang ringkas ini tidak memerlukan banyak ‘kerja’. Senang digayakan untuk solekan no makeup atau tanpa mekap.
Penulis pernah cuba gaya K-brows ini tapi penulis tidak berapa gemar kerana ia tidak berapa sesuai untuk gaya mekap glamour, cukup untuk yang manis-manis sahaja.