Beg crochet menyerlahkan aura ringkas dan rendah diri.
Semakin hari, sudah semakin ramai yang mula mengayakan beg crochet atau beg tangan dari hasil mengait. Siapa sangka aktiviti mengait yang sering dikatakan untuk warga emas kini menjadi satu aktiviti “cool” untuk orang muda. Bukan sahaja beg, ada juga yang kembangkan untuk pakaian, aksesori barang kemas, barang kelengkapan rumah dan banyak lagi. Dahulu tak silap Miss Murai, orang mengait hanya sebagai hobi atau hiasan bingkai gambar.
Beg crochet biasanya sesuai gadis muda yang mahu berjinak dalam dunia pengayaan. Pun begitu, beg crochet sesuai untuk semua peringkat umur. Bagi mereka yang terarah dengan penghasilan produk fesyen mampan, memiliki beg crochet adalah satu langkah asas. Ia gaya yang klasik, everyday style dan manis romantis.
Miss Murai kongsikan kepada pembaca beberapa hasil kraf crochet dari penjual tempatan. Menariknya, kamu masih boleh gayakan beg crochet cantik ini dengan bajet sekitar RM50. Let’s go!
Terus jatuh cinta dengan beg PowerPuff Girls ini dari karya AnisredDS. Tinjauan ulasan pengguna pula semuanya memberi tanda lima bintang! Kamu boleh piliha dari tiga warna iaitu merah, coklat dan merah jambu. Pun begitu harus diingatkan, beg ini melalui pra-tempahan jadi memang handmade product.
- Custom Powerpuff girls heart crochet bag | Handmade by AnisreaDS [RM50-RM55]
Peminat bunga matahari sila beratur disini! Beg tote dengan hiasan bunga matahari ini cukup menyerlah dan comel. Kamu boleh memilih lebih dari 10 warna dan paling best ia readystock!
- Shoulder Bags Crochet by Azmira_Tarmizi_Crochet [RM40]
Beg tangan mini berbentuk bunga ini sangat comel untuk digayakan ke parti. Ia 100% buatan tangan dan boleh dijinjit atau sebagai crossbody bag. Love!
- Handmade Amigurumi knitted Crochet Flower Bag [RM50]
Bag tangan crochet dengan bentuk bakul! Siapa yang sukakan gaya vintaj atau klasik ini boleh dijadikan pelengkap wardrobe kamu.
- Crochet Granny Square Bottom Gradient Bucket Bag-Handmade [RM53]
Selesa betul kalau jinjit beg crochet comel ini. Mudah nak letak kunci rumah, telefon bimbit dan lipbalm. Miss Murai suka kalau bawa beg crochet untuk bersiar-siar di pantai atau taman. Kamu boleh buat pra-tempahan dan boleh pilihan warna lain dengan seller.
- Crochet Beg Granny Square Handmade by Vee_Shop [RM49]
Suka betul tengok beg-beg crochet diatas kan? Selamat bergaya!