Sebut sahaja Amy Search, pasti ramai yang boleh dengar tagline “Peeewiiit” miliknya yang popular.
Psst… Mungkin ramai yang tak dapat menyangkakan yang penyanyi rock terkenal di Malaysia iaitu Datuk Amy Search, mahu berkongsikan tips rumah tangganya yang bahagia.
Sekadar info untuk kamu, Datuk Amy Search atau mesra disapa Amy Search telah berkahwin dengan pasangannya Norhasniza Hassan (Datin Nourish) selama 20 tahun. Hasil perkahwinannya, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Memandangkan usia perkahwinannya memasuki 20 tahun, sudah semestinya DIVA tertanya-tanya bagaimana Amy Search mengekalkan kebahagian rumah tangganya sepanjang tempoh ini. Kalau kamu nak tahu, Amy Search dedahkan yang beliau hanya amalkan tiga tips mudah ini saja sepanjang perkahwinannya. Antaranya…
#1 Jangan Cerewet Dengan Pasangan
Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.
2. Jangan bandingkan kebahagian sendiri dengan orang lain
Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan kamu dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, kamu akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.
3. Cuba bertenang jika berlakunya perselisihan faham
Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang. Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ia akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.
Sebenarnya mudah nak kekalkan hubungan perkahwinan jika kedua-dua belah pihak tahu tanggungjawab dan main peranan masing-masing. Apa-apa pun bertolak ansur dan saling berkomunikasi okay? Semoga bermanfaat!