Bersedia untuk countdown!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk BLACKPINK Jennie melancarkan koleksi Jentle Salon. Bakal dilancarkan buat pertama kali pada 1 Mei 2024 nanti, koleksi Jentle Salon ini adalah kolaborasi ketiganya bersama Gentle Monster.
Buat peminat Jennie dan Gentle Monster, koleksi kali ini memang akan buatkan kamu excited. Ini kerana Jentle Salon mempersembahkan 8 reka bentuk kaca mata dan 11 charms yang menarik.
Menerusi koleksi Jentle Salon, kamu dapat melihat 8 siluet bingkai yang berbeza, didatangi dalam warna hitam, metalik dan pelbagai warna pastel. Setiap satunya menampilkan elemen inovatif seperti kuil yang direka untuk kamu pasangkan charms boleh tanggal.
- Foto – Gentle Monster
Manakala charms dalam koleksi ini pula menampilkan kegemaran Jennie. Antaranya adalah capybara, awan, sepit rambut, reben dan sebagainya.
- Foto – Gentle Monster
Peminat Jennie dan Gentle Monster serta pengumpul kaca mata, jangan lupa untuk tanda kalender kamu kerana Jentle Salon boleh didapati di The Exchange TRX dari 5 Julai 2024 sehingga 28 Julai 2024 nanti!