Sayang betul pada Shakira!
Sebagai tanda penghargaan kepada penyanyi terkenal Shakira. Seorang pereka arca, Yino Marquez mendedikasi sebuah patung arca setinggi 21 kaki kepada penyanyi tersebut. Ia kini gah berdiri di pesisir pantai bandar Barranquilla iaitu banda kelahiran Shakira.
Menurut Yino, dia mengambil masa lima bulan untuk menyiapkan arca seksi ini. Mana tidaknya, patung Shakira ini tidak ubah seperti gelekan punggung di dalam muzik video lagu hits, Hips Don’t Lie. Menarik lagi, patung itu bersinar dengan warna perang dan lengkap dengan baju dan skirt warna maroon. Jadinya memang pengunjung tahu itu ialah Shakira dalam bentuk gergasi.
Reaksi Shakira cukup positif dan beliau sendiri memuatnaik gambar ibubapanya yang bergambar dihadapan patung tersebut. Penyanyi genit itu juga tidak melepaskan peluang mengucap tanda terima kasih dan sokongan selama ini dari peminat. Terutamanya dari keluarga dan peminat terutamanya di Colombia.
Apa yang menjadi tumpuan ialah plak yang menukilkan tanggapan dunia terhadap Shakira;
”A heart that composes, hips that don’t lie, an unmatched talent, a voice that moves the masses and bare feet that march for the good of children and humanity.”
Kalau di Malaysia, selayaknya yang dapat patung sebesar ini siapa? Dalam fikiran DIVA sudah pasti Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza.