Nampaknya musim percutiaan akan datang ini, Sephora hadirkan beberapa set hadiah yang cukup mengagumkan. Bukan sahaja dari produk solekan, tapi produk-produk penjagaan diri. DIVA juga teruja bila melihat paparan set hadiah dan harga yang berbaloi. Hampir semuanya tidak akan kamu menyebabkan dompet koyak, rata-rata bermula dari RM70 hingga RM500.
Mungkin ada diantara kamu masih belum ada idea untuk menyediakan hadiah kepada orang yang tersayang. Ambil peluang ini dan ia bonus untuk mereka yang mempunyai sahabat atau keluarga yang sememangnya beauty lovers. Malah siapa yang ingin hadiahkan untuk diri sendiri, pun boleh!
DIVA tampilkan tujuh set hadiah dari Sephora khususnya untuk produk kecantikan dan harga bawah dari RM100.
- Sephora Collection Brush Mini Set [RM79]
Set berus mekap yang bersaiz kecil, sesuai untuk dibawa ketika travel atau sebagai simpanan. Ia mempunyai berus untuk bedak asas, pembayang mata, berus kening dan berus perincian.
- Sephora Collection Glitter Power Multi-Use Shadows Wand Trio [RM79]
Hadiahkan sahabat makeup-geek set pembayang mata ini! Ia lengkap dengan 3 tekstur iaitu matte, glitter dan shimmer untuk hiasan kelopak mata galak. Selain itu, ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai pemerah pipi dengan fungsi multi-use. Usah khuatir, set ini mempunyai 3 rona pilihan iaitu brown power, pink power dan purple power.
- Origins Yours To Love Mini Cleansing, Soothing & Hydrating Trio (Holiday Limited Edition) [RM85]
Jujur dari DIVA, ini antara set hadiah paling berbaloi untuk dimiliki! Set penjagaan kulit dari Origins sedia dengan 3 produk best-seller mereka. Checks And Balances™ Frothy Face Wash dan Dr. Andrew Weil For Origins™ Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Malah, Ginzing Energizing Gel Cream With Niacinamide + Caffeine antara pelembab terbaik untuk masalah kekeringan.
- Nudestix Nudeskin Hydra-Peptide Lip Butter + Matte Lip Cheek Pencil Set [RM86]
Siapa tidak kenal dengan jenama Nudestix bukan? Best betul bila lip butter popular mereka tersedia dalam set hadiah ini. Ditambah pula dengan lip cheek pencil yang boleh diguna sebagai lipstik dan pemerah pipi. Set duo ini boleh dipakai bersama, untuk bibir kekal lembab, sihat dan kelihatan segar. Warna matte lip cheek pencil pula sesuai untuk semua rona kulit.
- Dear Dahlia Mini Paradise Dream Velvet Lip Mousse 6-Piece Set [RM90]
Tak sangka, dengan harga bawah RM100 kamu boleh hadiakan 6 mini lip mousse dari Dear Dahlia ini. Bahkan terdapat 3 set warna pilihan untuk disesuaikan dengan tona kulit dan personaliti. Buat yang mempunyai masalah bibir kering, lip mousse ini ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. Malah, bibir terlihat natural seperti warna bibir yang asal.
- The Ordinary The Clear Set [RM95]
Set penjagaan kulit yang kedua, DIVA rasa cukup berbaloi untuk dihadiahkan kepada diri sendiri atau teman baik. Set Ordinary ini sangat baik untuk semua jenis kulit, dari normal hinggalah berminyak.
- Jo Malone Cologne Discovery Collection Fragrance Set [RM100]
Save last, for the best! Set haruman Jo Malone mini yang terdiri dari;
- English Pear & Freesia 1.5ml
- Peony & Blush Suede 1.5ml
- Wood Sage & Sea Salt 1.5ml
- Blackberry & Bay 1.5ml
- Wild Bluebell 1.5ml
DIVA rasa cukup rugi siapa tak miliki ini!
DIVA yakin kamu juga teruja untuk dijadikan set hadiah diatas ini untuk diri sendiri! Ia sangat berbaloi dan boleh digunakan sepanjang tahun.