Terserlah sisi bad boy dan keseksian si dia!
Psst… Kamu mencari wangian yang terbaru, lebih moden dan unik untuk dihadiahkan pada si dia? DIVA syorkan untuk kamu dapatkan sebotol wangian Bad Boy Extreme terbaru daripada Carolina Herrera.
Sesuai untuk lelaki moden terkini, wangian ini menonjolkan sisi yang rebel, garang dan seksi dalam meneroka ketegangan baru yang berani.
Wangian Bad Boy Extreme Eau de Parfum yang rebel dan lembut ini mengandungi bahan-bahan yang unik serta tidak dijangka. Jika kamu hidu bauannya, di hujung ketegangan bauan ini ada top note sitrus pedas daripada halia. Disertakan dengan nota bergamot segar untuk tambahkan lagi ketahanan lama pada bauannya.
Gabungan unik bauan khas untuk si dia
Bagi DIVA, wangian ini sesuai untuk si dia yang memiliki perwatakan yang sophisticated dan berkeyakinan tinggi. Ini kerana keseimbangan bauan yang segar dan hangat wangian ini menjadikan ia wangian ideal untuk lelaki moden.
Bau itu sendiri kaya dan berkayu, dengan nota utama seperti halia (Nota Atas), nilam (Nota Tengah) dan koko (Nota Asas)
- Foto – Carolina Herrera
Kongsi Ketua Operasi, Quentin Bish mendedahkan yang wangian ini dihasilkan menerusi proses penyulingan kilat, di mana ia memberikan ekspresi dua kali ganda dengan nota sitrus yang tinggi. Dengan nota berkilauan dan pedas daripada halia serta bergamot, bauan berani ini mempunyai kelebihan tersendiri. Membuatkan ia wangian unik daripada wangian lain di pasaran.
Dapatkan Bad Boy Extreme daripada Carolina Herrera pada harga RM435 (100ml) dan RM319 (50ml) di Sephora, Isetan, Parkson, Sogo, AEON dan Zalora.