Bak kata Carolina Herrera ketika pertunjukan fesyen Musim Gugur/Sejuk 2022 baru-baru ini adalah “keberanian tidak pernah ketinggalan zaman”.
Seiring dengan itu, jenama eksklusif ini mengajak kamu untuk berani dalam mengubah gaya sedia ada. Caranya adalah dengan menggayakan kaca mata koleksi terbaru mereka.
Rekaan yang unik dan moden ini sesuai untuk kamu yang mencari gaya chic dan lebih segar. Jom tengok koleksi kaca mata oleh Carolina Herrera di bawah;
Carolina Herrera CH 0008/S
Untuk model kaca mata yang berbingkai cat-eye ini, DIVA syorkan individu yang memiliki bentuk wajah segi empat sama untuk memakainya.
Carolina Herrera CH 0009/S
Manakala untuk model ini pula DIVA syorkan bingkai bujur ini pada wajah yang berbentuk hati. Tapi jika bentuk muka lain nak cuba pakai model ini pun tiada masalah, kerana ianya sesuai untuk setiap bentuk wajah.
Carolina Herrera CH 0010/S
Model kaca mata berbentuk segi empat sangat sesuai untuk semua jenis bentuk wajah. Bukan sahaja nampak bergaya dan berkelas, malah ia juga menjadikan gaya penampilan kamu lebih sempurna serta yakin.
Cantik-cantik kan kaca mata daripada Carolina Herrera ini?