Pernah tak kamu lihat dalam cermin, wajah nampak sangat kusam dan tak berseri selepas mencuba sesetengah warna rambut? Kalau kamu nak tahu, kesan seperti itu menunjukkan warna yang dipilih sebenarnya tidak sesuai dengan kulit wajah kamu.
Kalau tanya pada DIVA, untuk pilihan warna rambut yang sesuai sudah semestinya Liese Dream Palette Cream Colour menjadi keutamaan!
Liese Dream Palette Cream Colour direka khas untuk memperkasakan wanita muda terutamanya di Malaysia untuk mencuba pelbagai gaya dan warna rambut bagi menaikkan penampilan mereka tanpa gagal!
6 Sebab Kenapa Liese Dream Palette Cream Colour Pilihan DIVA
Hadir dalam warna-warna yang sesuai dengan setiap jenis kulit wanita Malaysia, DIVA kongsikan enam sebab kenapa kamu ‘wajib’ gunakan produk Dream Palette Cream Colour jika mahu menukar warna rambut.
1. Serlahkan Kreativiti Dalam Diri
Istimewanya keluaran terbaru kali ini, Liese membantu setiap penggunanya untuk serlahkan kreativiti dalam diri mereka. Sama ada bermain dengan gaya natural highlight, earloop highlight atau root touch-up.
Dan apa yang membuatkan DIVA lebih suka, Liese mengeluarkan Dream Palette Cream Contour dalam bungkusan bersaiz ‘pocket’. Dengan saiz yang kecil ini, mudah untuk pengguna bawa ke mana-mana sahaja jika mahu menukar warna rambut yang diingini tanpa membazir!
2. Formula Yang Melembutkan Rambut
Direka untuk pengalaman post-colouring yang lancar, Liese Dream Palette Cream Contour telah menggunakan bahan-bahan pelindung rambut, di mana setiap helaian rambut bebas bau dan lembut selepas pemakaian.
Untuk si hijabi pula, jangan risau! Liese Dream Palette Cream Contour ini telus air iaitu mesra wuduk!
3. Mesra Pengguna & Alam Sekitar
Bukan sekadar mewarna, Liese Dream Palette Cream Contour turut mempromosikan kelestarian alam sekitar di mana pembungkusannya itu boleh digunakan dan dikitar semula. Untuk pengetahuan kamu, pembungkusannya sangat mesra alam (diperakui oleh FSC), di mana kamu tidak perlu lagi membazir dan boleh gunakan pembungkusan tersebut sebagai dulang dan sudu semasa proses pewarnaan.
4. Kepelbagaian Dalam Setiap Kotak
Untuk warna pula, Liese memperkenalkan empat varian warna yang sangat menawan iaitu Natural Brown, Clear Brown, Matt Ash dan Pink Brown. Setiap warna ini membolehkan pengguna untuk mencipta gaya yang sesuai dengan personaliti mereka dan paling penting ianya sesuai dengan semua jenis warna kulit wanita Malaysia!
5. Panduan Yang Lengkap & Mudah
Untuk memudahkan proses mewarna rambut, Liese turut menyediakan empat video tutorial untuk menggayakan dan mewarna rambut kamu. Dalam video tersebut, pengguna dapat melihat bagaimana mahu mencipta gaya natural highlight, earloop highlight, warna akar rambut dan aplikasi pewarnaan penuh.
Gaya Natural Highlight:
Earloop Highlight:
Warna Akar Rambut:
Aplikasi Pewarnaan Penuh:
6. Mampu Milik
Sekiranya kamu tertanya-tanya harganya pula, Liese Dream Palette Cream Contour dijual pada harga RM19.90/sekotak. Kamu boleh dapatkannya di Guardian, Watsons, Aeon Wellness, farmasi terpilih, di Shopee KAO dan Lazada KAO.
Psst… Untuk pengetahuan kamu, Liese Dream Palette Cream Contour ini hanya tersedia dan boleh didapati di Malaysia sahaja. Jadi buat hijabis Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya!
Selain itu, kamu juga boleh mencuba shade yang kamu inginkan secara dalam talian juga, di Liese Virtual Color Try-On (virtual-cosme.net/my/liese/ ). Maklumat lanjut mengenai Liese Dream Palette Cream Contour, boleh didapati di web.kao.com/my/liese/color/dreampalette .