Mungkin ada yang familiar dengan jenama fesyen kreatif MSCHF. Sebelum ini jenama MSCHF pernah mencetuskan kontroversi seperti mencipta sepasang but besar yang mengingatkan kita pada watak kartun “Astro Boy”. Dan kini jenama fesyen tersebut sekali lagi memperkenalkan item fesyen terbarunya iaitu beg tangan Louis Vuitton yang bersaiz kecil.
Jangan terkejut ye kerana saiz beg tangan ini lebih kecil daripada sebutir garam. Digambarkan sebagai “bag miniaturization“, beg tangan ini bersaiz 657 mikrometer tinggi dan 700 mikrometer panjang.
Walaupun beg ini boleh lagi dilihat menggunakan mata kasar, tetapi apa yang menariknya kamu memerlukan mikroskop untuk melihat butirannya. Model beg tersebut mempunyai pemegang, logo Louis Vuitton yang dan diliputi dalam corak monogram jenama tersebut.
Beg Louis Vuitton itu diperbuat daripada resin fotopolimer hijau neon dan ianya dicetak 3D menggunakan teknologi yang biasanya digunakan untuk membuat struktur bioteknologi.
- Foto – @mschf (IG)
Dipetik daripada Daily Mail, Kevin Wiesner iaitu Ketua Pegawai Kreatif MSCHF mendedahkan yang beg mikroskopik itu dicipta untuk menyindir trend pembuatan beg yang makin mengecil.
Kalau kamu nak tahu, beg mikroskopik Louis Vuitton ini akan dipaparkan di Paris dalam sarung gel tertutup yang diletakkan di bawah mikroskop bersama dengan imejnya pada skrin. Manakala pada 19 Jun 2023, beg ini akan dilelong di Just Phriends secara global yang dianjurkan oleh Pharell Williams.