Tak sah kalau tak bergambar jika pergi kemana-mana pun. Lagi pula sekarang, kita hidup dalam dunia serba serbi kena beritahu orang di media sosial. Tak begitu?
Kalau ada sahaja spot yang menarik untuk bergambar, sudah tentu biar terlihat aesthetic. Biar nampak cantik grid profile Instagram.
Jika anda dah tak tahu idea apa lagi yang hendak kongsikan sebagai gambar OOTD. DIVA cadang untuk anda singgah kedai buku ini yang bukan sahaja syurga untuk si bibliophile malah si kaki Instagram.
#1 Bukit Jalil Tsutaya Books, Kuala Lumpur
Baru sahaja dibuka pada 7 Julai 2022, kini ia telah menjadi hot spot dikalangan ulat buku kerana kedai buku ini menyediakan lebih dari 240,000 pelbagai naskhah ilmu seluruh dunia. Bukan sahaja rekaan dalam yang bercirikan moden Jepun yang menjadi tarikan untuk bergambar. Kedai buku ini juga mempunyai kafe khas untuk anda nikmati sambil membaca.
- Foto – SAYS
Instagram: @bukitjalil.tsutayabooks
#2 Junk Book Store, Bukit Bintang
Kedai buku ini menempatkan ribuan buku secondhand! Menariknya lagi, konsep kedai seolah-olah tersekat di waktu lampau. Deretan lambakan buku mencipta suasana book aesthetic yang luar biasa.
- Foto – Astro Awani
Facebook: Junk Book Store
#3 BookXcess at RexKL
Struktur kedai buku ini cukup unik dengan rak bertingkat dan susunan seperti labirin yang mengujakan. Terdapat banyak sudut yang menarik untuk anda bergambar. Malah, BookXcess RexKL ini juga turut aktif dengan pelbagai aktiviti ilmiah, pertunjukan dan banyak lagi.
- Foto – Happy Go KL
Instagram: @bookxcess
#4 Buku by PJ Preloved House
Kedai buku layan diri pertama dan menjual buku-buku secondhand sahaja! Kedai buku ini cukup simple dengan mainan warna putih pada dinding dan rak buku. Buat anda yang sukakan ketenangan dan umpama di perpustakaan. Boleh singgah Buku by Preloved House yang terletak di Kedai KL, Mahsa Avenue.
- Foto – MyWinet
Instagram: @buku.kedai
#5 BookXcess SunSuria Forum, Shah Alam
Seperti biasa kedai buku BookXcess memang tak nak kalah dari segi rekaan yang unik. Terowong buku ini membawa tetamu melihat pelbagai buku-buku yang dipamerkan. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar didala terowong ini tau. Selain itu, disini juga mempunyai kafe, pilihan buku kanak-kanak dan sudah tentu landskap OOTD yang menarik.
- Foto – The Smart Local
Instagram: @bookxcess
Jangan bergambar sahaja, pilih juga satu atau dua buku yang boleh anda baca sebagai permulaan hobi baru.
Selamat ber-OOTD