Kebelakangan ini, kita kerap mendengar cerita-cerita rumah tangga yang tak best. Ada yang diganggu oleh kehadiran orang ketiga lah, ada yang tiada komunikasi yang baik hingga ke tiada lagi keserasian di antara suami isteri.
Apabila kita bertanyakan pada mereka yang sudah berumah tangga, tiada seorang pun yang mahu melalui perkara tersebut. Jadi Miss Murai mendapat tips, bagaimana nak kekalkan rumah tangga harmoni dan kekal lama daripada Datin Alyah.
Kongsi Datin Alyah; penyanyi ini bersyukur kerana pada fasa awal rumah tangganya yang melalui pelbagai dugaan itu kini telah menemui kebahagiaannya.
Tips Rumah Tangga Oleh Datin Alyah
Percayalah mana-mana suami isteri pun, tiada seorang pun yang tak menyayangi pasangan mereka lebih daripada segala-galanya. Kalau boleh, apa-apa perkara mesti pasangan akan jadi keutamaan mereka.
Baginya, perkara itu tidak salah tetapi saranannya seseorang perlu menukarkan niat menyayangi dan mencintai pasangan itu kepada sang pencipta. Jelasnya perkara tersebut akan membuatkan diri seseorang itu menjadi lebih tenteram, dan tidak terlalu bergantung pada manusia.
Selain itu, untuk menghidupkan rumah tangga dan menjadikannya lebih harmoni, Datin Alyah lebih gemar untuk kurang bermain media sosial, mendengar dan membaca Al-Quran setiap hari.
Tambahnya lagi, setiap pasangan suami isteri tidak perlu memuat naik perihal hal rumah tangga di media sosial. Ini kerana tak semua orang sukakan apa yang kita kongsikan, dan mungkin ada yang mahu melihat ‘kejatuhan’ rumah tangga.
“Saya sentiasa berdoa dan siapa rumah tangga yang mulanya dibina penuh ribut taufan, tsunami dan pelbagai lagi, tetapi Allah akhirnya bagi kegembiraan dan keharmonian rumah tangga.