Sama seperti musim bunga, kulit kita juga mempunyai keinginan untuk ‘dilahirkan’ semula, menjadi kulit yang segar, bersih dan lembap. Apa yang lebih baik ialah kulit boleh diperbaiki semasa tidur nyenyak.
Katakan “annyeong” (Hai) kepada Hello Blossom yang terkini! Jenama kecantikan LANEIGE, menampilkan dua produk terlaris iaitu Water Sleeping Mask dan Lip Sleeping Mask dalam aroma dan pembungkusan eksklusif Bunga Sakura.
Memandangkan musim bunga melambangkan permulaan baharu, Laneige menyusun koleksi ini secara khusus untuk menambah sentuhan ceria dalam kehidupan kepada mereka yang menderita pandemik dan kini bersedia untuk permulaan baharu dalam kahidupan.
Hello Blossom! Collection Comel Sekali
Koleksi didatangkan dalam kotak edisi terhad yang minimalis namun comel dalam warna biru dan merah jambu. Pembungkusan produk itu sendiri memancarkan suasana musim bunga yang meriah dengan warna merah jambu mudanya.
- Foto – Laneige
Reka bentuk yang disusun khas ini membolehkan anda berkongsi kegembiraan musim bunga (dan kulit yang baik!) dengan orang tersayang anda. Yang pasti malam anda akan dipenuhi dengan kemanisan bunga sakura manakala pagi anda akan disambut dengan kulit yang gebu dan bibir yang menawan.
Laneige x BloomThis Flower Frame
Untuk mengimbau lebih banyak kenangan musim bunga, Laneige bekerjasama dengan penjual bunga e-dagang tempatan, BloomThis, untuk mencipta Hello Blossom! Flower Frame edisi terhad. Reka bentuk bingkai bunga yang ceria membawa anda ke masa yang lebih gembira, di mana burung berkicauan ketika bunga mekar di sekeliling anda.
- Foto – Laneige x BloomThis
Hello Blossom! Collection boleh didapati mulai 1 April di butik & kaunter Laneige, laman web laneige.my, Facebook, Shopee, Zalora dan Hermo.