“Bibir kau nampak sihat dan lembut je, apa rahsia?”
Siapa pernah pakai Laneige Lip Sleeping Mask mesti tahu bertapa best dan nikmatnya bila bibir terasa lembut.
Meraikan ulang tahun ke-27 dengan slogan ‘Feel The Glow’, Laneige melancarkan produk terlaris Lip Sleeping Mask dengan tambahan dua perisa edisi terhad yang cukup manis sekali, Peach Iced Tea dan Gummy Bear.
- Foto – Laneige
Bibir Lembut & Lembap Sepanjang Hari
Lip Sleeping Mask diperkaya dengan vitamin C dan antioksidan, Berry Mix Complex™ yang menawarkan campuran ekstrak raspberry, strawberry, cranberry, dan blueberry yang wangi.
- Foto – Laneige
Teknologi Moisture Wrap™ yang dipatenkan Laneige menawarkan asid dan dan mineral hyaluronik untuk membentuk pelindung di atas bibir untuk mengunci kelembapan dan bahan aktif.
Dipakai semalaman pada waktu tidur membantu mengurangkan kekeringan sehingga anda bangun dengan bibir yang terasa segar dan lembut ketika disentuh.
- Foto – Laneige
Cara Penggunaan Lip Sleeping Mask
Dengan menggunakan aplikator, sapukan lip sleeping mask ke bibir sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok pagi, lap dengan lembut atau bersihkan bibir. Kamu dapat lihat bibir nampak lebih natural merah jambu, lembut, gebu dan sihat. Memang best sangat!
Lip Sleeping Mask edisi terhad ini boleh didapati sehingga 31 Oktober di butik Laneige, Facebook, laman web laneige.my, Lazada, Shopee, Zalora, Hermo dengan harga RM75 setiap satu.
- Foto – Groupon
Bila bibir sihat, barulah cantik pakai lipstick!