Bila lihat semula “Sex And The City” reboot dan “And Just Like That…”, memang tak kecewa langsung dengan fesyen yang ditonjolkan!
Lebih-lebih lagi fesyen watak Carrie Bradshaw (Sarah Jessica Parker). Sebut sahaja jenama mewah seperti Jean Paul Gartier, Fendi atau Chanel, semuanya ada.
Kali ini DIVA kongsi beberapa looks daripada dua siri ini yang boleh diciptakan semula oleh anda. Lihat di bawah;
# Gaya 1
Pernah dicuri oleh perompak ketika musim ketiga “Sex And The City”, Carrier telah mengenakan beg tangan baguette Fendi dengan skirt tulle serta but daripada Chanel.
# Gaya 2
“And Just Like That…”, aktres ini membuatkan kita tergamam dengan fesyennya. Carrier telah mengenakan gaun daripada Norma Kamali yang mempamerkan susuk badannya.
# Gaya 3
Nampak cantik sangat pakaian sutera vintaj ombre milik Judy Hornby yang berona biru dan oren. Aktres ini melengkapkan gayanya dengan kasut platform berkulit ular sawa daripada Miu Miu.
# Gaya 4
Seperti ahli perniagaan, Carrie mengenakan sut vintaj berjalur Gucci berona burgundy yang dipadankan dengan Manolo Blahnik BB leather pumps.
# Gaya 5
Aktres ini telah mengenakan pumps berona merah jambu milik Yves Saint Laurent bersama seluar berjalur dan blazer berona hijau zamrud.
# Gaya 6
Salurkan ‘bohemian vibe’ ketika di pengambaraan, Carrie telah memakai gaun biru chiffon milik Oscar De La Renta. Dia padankan gaun tersebut dengan kasut pumps Celine berwarna perak dan chambray jacket.
# Gaya 7
Tampil dengan gaya kasual, Carrie telah mengenakan sandal slip-on daripada Birkinstocks bersama sepasang stokin.
# Gaya 8
Padankan sut kelabu dengan baju polka dot berwarna coklat, tali leher merah dan jaket berona ungu dari koleksi Musim Bunga 1997 Jean Paul Gaultier. Sangat klasik!