Bila ada gigi kuning, memang automatik segan nak buka mulut sama ada berbual atau ketawa. Bukan apa gigi memainkan peranan yang penting dan boleh pengaruhi tahap keyakinan seseorang.
Tapi ada gigi kuning tak semestinya sebab tak berus gigi ye. Ada beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti pengambilan kafein atau gula berlebihan.
Nak dapatkan gigi yang cantik dan putih senang sahaja. Selain dapatkan rawatan di klinik, cuba kamu amalkan 4 rahsia di bawah;
Pes Baking Soda
Umum kita tahu baking soda berfungsi sebagai mengembangkan kek. Tapi kalau nak putihkan gigi, sediakan baking soda dalam bentuk pes untuk hilangkan penumpukan plak dan bakteria serta kekuningan.
Caranya adalah gunakan nisbah 1:1 iaitu baking soda dan air. Kemudian letak pes di atas berus dan berus gigi sebelum bilasnya dengan air bersih. Jika tidak mahu jadikan sebagai pes, kamu juga boleh gunakan nisbah yang sama sebagai ubat kumur.
Ubat Kumur Cuka Epal
Selain diet, cuka epal boleh juga guna untuk putihkan gigi. Jangan pula kamu kumur dengan banyak, hanya sedikit sudah mencukupi.
Campurkan 2 sudu teh cuka epal dan 5 ouns air. Kumur selama 30 saat dan bilas dengan air sebelum gosok gigi.
Kulit Buah Lemon, Oren Atau Pisang
Ada lebihan kulit buah lemon, oren atau pisang jangan buang tapi simpan. Kamu boleh gunakan lebihan kulit tersebut untuk gosok pada gigi. Caranya gosok selama 2 minit dan bilas dengan air sebelum berus gigi.
Info untuk kamu, kulit buah ini mempunyai asid di mana boleh menghakis dan hilangkan enamel pada gigi. Kalau rasa gigi seperti sensitif, berhenti dengan segera okay?
Makan Buah Yang Tinggi Kandungan Air
Siapa sahaja yang tak sukakan buah-buahan. Selain beri kebaikan pada badan, buah juga ada manfaatnya untuk memutihkan gigi. Tapi sebelum itu, pastikan buah-buahan yang sesuai terlebih dahulu seperti tembikai, nanas dan strawberi.
Kalau kamu nak tahu, makan buah-buahan tersebut selepas makan boleh meningkatkan pengeluaran air liur. Tujuannya adalah untuk membuang makanan yang tersekat pada gigi dan membersihkan asid berbahaya.
Apa-apa pun jika kamu mengalami masalah kekuningan yang teruk dan ketara jangan segan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor dengan segera.