Kini hampir seluruh negara telah menerima bekalan vaksin Covid-19, dan kerajaan negara masing-masing telah mengeluarkan pelan pengagihan suntikan vaksin kepada rakyat dan ini termasuklah negara Malaysia.
Rata-rata rakyat di luar negara yang telah diberi notis pemberitahuan untuk suntikan vaksin, mula menggayakan fesyen yang mesra suntikan vaksin iaitu fesyen ‘off-shoulder’.
Rimas Kena Singsing Lengan Baju
- Foto – USA Today/The New York Times
Idea ini tercetus bila mana ramai wanita berasa rimas dan tidak selesa, kerana terpaksa menyingsing lengan baju sewaktu menerima suntikan vaksin di hospital.
Setiap wanita pastinya ingin kelihatan cantik dan bergaya hatta di depan jururawat dan doktor sekalipun, kaum wanita sangat menitikberatkan penampilan diri mereka.
Oleh itu, ramai yang memilih fesyen off-shoulder adalah idea terbaik di samping dapat bergaya dan menjaga imej serta penampilan diri.
Fesyen Off-Shoulder, Bergaya Sambil Terima Suntikan
- Foto – Pinterest
Tambahan lagi, pemakaian fesyen sebegini membuatkan wanita lebih banyak pilihan dalam bergaya disamping menanti mesej suntikan vaksin.
Dengan fesyen seperti ini wanita akan rasa lebih selesa, tidak perlu risau pakaian berkedut, dan paling penting masih kelihatan bergaya walaupun terpaksa menahan sakit dicucuk jarum suntikan vaksin!
Fesyen Mesra Suntikan Vaksin Dan Frontliner
- Foto – The Star
Fenomena fesyen off-shoulder ini pastinya menjadi fesyen kesukaan ramai wanita, dan ini termasuklah frontliner sendiri.
Kerana petugas perubatan tidak perlu menunggu lama, atau membazir masa menanti penerima vaksin menyingsing lengan pakaian mereka.
Fesyen yang mesra suntikan vaksin ini, pastinya akan melancarkan proses pemberian suntikan vaksin dengan cepat dan berkesan.
Kompilasi Fesyen Off Shoulder Yang Menarik
Ini antara fesyen-fesyen pilihan wanita di seluruh dunia, tatkala ingin menggayakan fesyen off-shoulder yang mesra suntikan vaksin Covid-19 yang menarik perhatian.
Kelihatan Ayu Dengan Blouse Bunga-Bungaan
- Foto – Pinterest
Serlahkan Aura Chic Dengan Blouse Polka-Dot Dan Strip-Line
- Foto – Pinterest
Jumpsuit Serlahkan Karisma Diri
- Foto – Pinterest
Siapa Kata Gaun Off-Shoulder Tak Cantik?
- Foto – Pinterest
Tampil Santai Dengan Oversize Top
- Foto – Pinterest
Menarik bukan fesyen seperti ini, mungkin wanita di Malaysia juga boleh tiru penggayaan fesyen seperti ini. Selamat beramal♥