Waktu tidur sangat penting untuk setiap wanita kerana ia merupakan masa yang sesuai bagi membaiki kulit yang rosak disebabkan radikal bebas dan kotoran di luar.
Untuk membaiki kulit sudah semestinya kamu memerlukan sesuatu bagi menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat, betul tak?
Bagi dapatkan kulit sebegitu, apa kata kamu cuba manjakan diri sebelum tidur dengan koleksi daripada SEPHORA iaitu Beauty Sleep Essentials? Bukan sahaja membaiki malah kulit wajah rasa segar dan sihat selepas bangun tidur.
Antara produk dalam koleksi Beauty Sleep Essentials:
Overnight Sensations
Overnight Firming Cream [RM 115]
Tidur dengan nyenyak sambil membaiki kulit supaya menjadi lebih anjal dengan Overnight Firming Cream. Krim ini berfungsi untuk menghidrat dan membaiki kulit.
Menggunakan formulasi sensitif daripada alga laut dan peptide semula jadi membuatkan kulit kamu menjadi lebih tenang, tidak meradang dan anjal bagi setiap kali pemakaian.
Overnight Glow Mask [RM 75]
Tekstur Overnight Glow Mask yang gel dan berair membuatkan kulit terasa lebih halus, ringan dan lembut. Dan paling penting sesuai untuk setiap jenis kulit. Topeng muka ini dipakai di keseluruhan wajah dan dibiarkan semalaman.
Sweet Treats And Sweet Dreams
Hair Sleeping Mask [RM 21]
Diperbuat dengan 91% bahan-bahan semula jadi, Hair Sleeping Mask ini boleh digunakan semalaman kerana ia tidak akan menjejaskan kelembapan rambut ketika tidur.
Topeng rambut ini boleh didapati dalam pelbagai jenis bahan semula jadi seperti kelapa, mangga, limau gedang dan aloe vera.
Face Sleeping Mask [RM 48]
Bagi sesetengah orang, sleeping mask selalu menjadi rumit kerana kamu akan memilih sama ada untuk tidur atau menunggu untuk membilas topeng muka.
Tetapi tidak lagi dengan Face Sleeping Mask! Kamu boleh tidur dengan memakai topeng muka kerana ia diperbuat dengan tekstur gel. Topeng muka ini juga boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa seperti laici, susu badam dan pickly pear.
Lip Sleeping Mask [RM 32]
Dengan menggunakan produk ini, kamu dapat mengelakkan bibir daripada menjadi kering dan kekal terhidrasi selama 8 jam. Apabila bangun sahaja dari tidur, kamu boleh merasai bibir yang lembut dan segar ketika disentuh.
Lip Sleeping Mask ini boleh didapati dalam perisa vanila dan strawberi.
Kod Promosi Koleksi SEPHORA Eksklusif:
Pembelian 2 produk sleep-care daripada Koleksi SEPHORA, kamu berpeluang menerima 2 keping set penjagaan kulit dengan menggunakan “SLEEPTIGHT“.
Kod promo ini sah sehingga 4 Mac 2021, secara dalam talian dan dalam aplikasi sahaja berdasarkan terma dan syarat.
Keseluruhan koleksi ini boleh didapati di kedai, secara dalam talian di laman web rasmi [SINI] dan melalui aplikasi Sephora Malaysia di telefon pintar kamu.