Skechers City Outlet yang baru sahaja dilancarkan di IPC Shopping Centre bersebelahan IKEA Damansara ini menawarkan lebih 500 pilihan sepatu selesa dan bermutu buat para peminat jenama itu di Malaysia, termasuklah untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak!
Untuk pengetahuan umum, Skechers City Outlet ini adalah cawangan butik Skechers yang terbesar di Malaysia, juga di Asia Tenggara meliputi kawasan seluas 6,600 kaki persegi.
Berlatarkan hiasan dalaman yang lebih moden dan tersusun, Skechers City Outlet baharu ini tampil menggabungkan ciri kedai konsep yang mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini di bawah satu bumbung secara sistematik.
Seperti yang kita semua tahu, baru-baru ini Skechers ada berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkemuka, EXO, serta ramai lagi bintang Hollywood lain termasuklah Camilla Cabello, Kelly Brook, Menghan Trainor dan ramai lagi untuk menampilkan kelaianan pada koleski mereka yang bukan sahaja tertumpu pada gaya semata bahkan menerusi fungsinya yang versatile merangkumi elemen kasual dan tahan lasak yang digabung bersama untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini.
Tonton Komersial Koleksi YOU by Skechers
Menjelang tahun 2018, Skechers berazam mahu menempatkan nama mereka dalam kelompok 3 jenama terbaik untuk kategori fesyen kasut sekaligus merangka perancangan untuk membuka 29 lagi cawangan butik tahun depan untuk mencapai angka 91 buah outlet Skechers di Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.skechers.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Skechers Malaysia di [www.facebook.com/Skechersmalaysia].