DIVA tahu peminat animasi Warner Bros. pasti teruja dengan berita gembira ini!
Bersempena dengan meraikan ulang tahun Warner Bros. yang ke-100 tahun, satu kolaborasi dengan SKECHERS telah dilancarkan. Kolaborasi ini menampilkan koleksi pakaian yang cool, mempamerkan setiap watak-watak kartun oleh Warner Bros.
Koleksi yang diberi nama SKECHERS X Warner Bros. WB100 ini menampilkan beberapa pilihan pakaian edisi terhad. Antaranya adalah t-shirt, seluar, hoodie hingga ke pullover. Menariknya tentang koleksi kolaborasi ini, ianya akan diperkenalkan dalam dua fasa bermula bulan Jun hingga ke Julai 2023.
Koleksi SKECHERS X Warners Bros. WB100 ini menampilkan watak kartun klasik seperti Tom and Jerry, Bugs Bunny dan Lola Bunny, Sylvester dan Tweety, Daffy Duck, Tasmanian Devil serta Yosemite Sam.
Fasa 1: Jun 2023
Ada 9 reka bentuk (5 dewasa dan 4 kanak-kanak) yang didatangi dalam rona hitam dan putih seperti:
- Unisex Short Sleeve Tee (RM139/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Unisex Pullover (RM179/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Seluar Pendek Lelaki (RM149/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Short Sleeve Tee Kanak-Kanak Lelaki (RM109/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Short Sleeve Tee Kanak-Kanak Perempuan (RM109/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Seluar Pendek Kanak-Kanak Lelaki (RM119/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Skirt Kanak-Kanak Perempuan (RM119/setiap satu)
- Foto – Skechers
Fasa 2: Julai 2023
Untuk Fasa 2 pula, SKECHERS akan melancarkan 7 reka bentuk baru (5 dewasa dan 2 kanak-kanak) dalam rona hitam, putih, Forest Green dan Orion Blue seperti:
- Unisex Short Sleeve Tee (RM139/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Unisex Hoodie (RM269/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Seluar Pendek Lelaki (RM139/setiap satu)
- Foto – Skechers
- Short Sleeve Tee Kanak-Kanak Lelaki (RM109/setiap satu)
- Short Sleeve Tee Kanak-Kanak Perempuan (RM109/setiap satu)
- Foto – Skechers
Koleksi SKECHERS X Warner Bros. WB100 tersedia di kedai SKECHERS terpilih. Manakala rangkaian kanak-kanak boleh didapati di SKECHERS Pavilion Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park, LalaPort BBCC, Suria KLCC, 1 Utama Shopping Centre dan banyak lagi.