Ibu bapa sudah tentunya mempunyai keinginan yang tinggi dalam memberikan yang terbaik buat si manja mereka bagi setiap peringkat tumbesaran; ini termasuklah memanjakan si manja dengan keselesaan serta kelembutan menyeluruh melalui lampin pakai buang premium.
Hasil kaji selidik terbaharu mendedahkan bahawa 98% ibu bersetuju bahawa kelembutan merupakan salah satu ciri penting dalam pemilihan lampin pakai buang.
Peka dengan perkara ini, Drypers, sebuah jenama di bawah naungan SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd yang merupakan peneraju pasaran bagi lampin pakai buang dan merupakan jenama pilihan para ibu di Malaysia selama 15 tahun, telah melancarkan rangkaian lampin pakai buang berpelekat premium terbaharu, Drypers Touch, dilengkapi dengan revolusi teknologi Pro Skin.
Dicipta melalui penyelidikan intensif serta ujian yang menyeluruh, teknologi Pro Skin ini teramat lembut, dengan penyerapan lebih tinggi, lapisan berliang udara dan inovasi penjagaan kulit. Gabungan ciri-ciri ini sekaligus menyediakan keselesaan terunggul, membolehkan si manja anda bermain dengan riang serta tidur dengan lena.
Direka khusus dengan bahan berkualiti premium, Drypers Touch baharu nyata akan membantu dalam menjaga kulit halus bayi, di samping memberikan kebebasan pergerakan bagi membolehkan si manja anda berinteraksi dengan selesa. Setiap lampin dilengkapi dengan teras penyerapan daya tinggi dan lapisan berliang udara yang membolehkan kulit si manja sentiasa kering and selesa.
Dilancarkan dalam rekaan yang bergaya serta unik, Drypers Touch baharu boleh didapati dalam dua jenis pembungkusan – Jumbo (RM 36.90) dan Mega (RM 55.90), merangkumi saiz S (3-7 kg), M (6-11 kg), L (9-14 kg) dan XL (12-17 kg). Produk Drypers boleh didapati di pasaraya terkemuka seluruh negara.
Belailah si manja dengan nikmat penuh kelembutan hari ini! Untuk maklumat lanjut mengenai Drypers Malaysia atau inginkan sampel Drypers Touch, sila layari www.drypers.com.my atau kunjungi laman Facebook Drypers Malaysia: http://www.facebook.com/DrypersMY