Senaman yang kian mendapat tempat dalam kalangan wanita iaitu Pilates dikatakan mampu meningkatkan fleksibiliti, postur badan, peredaran darah, dan mengurangkan sakit sendi dan leher. Selain itu, ramai yang mengamalkan Pilates ini demi mendapatkan bentuk badan yang sempurna dengan abdomen yang lebih kuat serta mengawal tubuh badan dan minda.
Senaman ini memerlukan tahap tumpuan yang tinggi selain corak pernafasan yang betul. Berikut adalah bebearapa sebab utama mengapa anda harus mencuba senaman Pilates:
1. Untuk meningkatkan lebih kesedaran mengenai tubuh badan
Apabila dilakukan dengan cara yang tepat, dibawah pengawasan yang mencukupi, regimen pengukuhan dan regangan banyak menyumbang dalam membina simetri dan koordinasi tubuh yang lebih baik. Menarik perut anda dan juga menarik bahu anda ke bawah membantu anda untuk mendapatkan kawalan badan yang lebih besar dan ia membawa perubahan positif dalam kesedaran terhadap tubuh anda.
Kesan menggerakkan tulang belakang dan membina fleksibiliti, bersama-sama dengan memperbetulkan kelemahan dalam gaya hidup dan corak senaman yang anda pilih, boleh menjadi meluas. Anda menjadi lebih sedar tentang bagaimana anda perlu duduk, berdiri dan berjalan dengan betul.
2. Untuk mendapatkan badan yang lebih kuat
Pilates lebih memberikan tumpuan kepada kekuatan abdomen. Melakukan Pilates membantu anda untuk berdiri tegak dalam postur yang betul dan dengan itu mendapat fleksibiliti yang lebih baik. Fungsi dan keseimbangan badan mampu dipertingkatkan secara keseluruhan yang akan meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
3. Untuk mendapat kawalan yang lebih besar terhadap badan
Pilates sebenarnya mengajar anda bagaimana untuk bergerak dan ia akan dicerminkan dalam bahasa badan anda. Ketika melakukan Pilates, otot-otot badan diperlukan untuk bekerja bersama-sama dalam gerakan yang sempurna. Anda akan menyedari apa sebenarnya yang menghalang pergerakan badan anda, dan kemudian ia adalah mudah bagi anda untuk mencapai simetri badan yang sempurna.
Selamat melakukan senaman Pilates!