Disember ini, Kuala Lumpur bakal mengalami gelombang keceriaan yang tiada bandingan dengan kunjungan daripada karakter klasik popular, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio dalam acara Hello Kitty terbesar dan terhebat di negara ini – “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”. Bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo, acara Hello Kitty yang unik ini menjanjikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga. Acara ini bersesuaian dengan semua peringkat umur, tidak kiralah jika anda peminat Hello Kitty atau tidak.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1974, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio telah memberi keceriaan kepada setiap peminatnya di seluruh dunia. Bagi meneruskan tradisi yang telah lama wujud ini, “HELLO KITTY GO AROUND!! DI MALAYSIA” diadakan sebagai platform untuk peminat berkumpul, meraikan dan mencipta kenangan manis bersama Hello Kitty.
Mencipta kenangan yang berkekalan dan istimewa dengan orang yang tersayang “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”, setiap pengunjung boleh berinteraksi dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan Hello Kitty, antaranya:
- Karya seni unik Hello Kitty
- Pondok permainan klasik dan interaktif
- Bengkel-bengkel kreatif
- Ruang makanan dan minuman Hello Kitty
- Persembahan istimewa
- Barangan dan cenderahati eksklusif Hello Kitty; dan juga
- Peluang untuk bergambar dengan pameran dan patung Hello Kitty
“HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” dibawakan khas kepada anda oleh Hey Day Sdn Bhd dan bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 sehingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo.
Tiket akan mula dijual hari ini, 24 Jun 2015 bermula dari pukul 10 malam dan ke atas di www.hellokittygoaround.com.my. Sila layari www.facebook.com/HELLOKITTYGOAROUNDMALAYSIA untuk mendapatkan maklumat terkini.